[VIDEO] Ada ulat dalam telur masin, premis makanan di Sungai Petani diarah tutup


  • Primer
  • Khamis, 17 Okt 2024

Premis berkenaan gagal mematuhi keperluan kebersihan premis makanan mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 Akta Makanan 1983

SEBUAH premis makanan di Sungai Petani, Kedah diarah ditutup sementara kerana dipercayai menjual telur masin berulat.

Arahan itu dikeluarkan selepas Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah selepas tular satu video menerusi di laman media sosial memaparkan seorang wanita merungut dan meluahkan rasa jijik melihat beberapa ekor ulat di dalam telur masin tersebut.

Difahamkan, pelanggan wanita berkenaan datang premis berkenaan bersama rakannya untuk menikmati makan tengahari.

BACA LAGI: 'Hanya terbayang wajah keluarga tersayang', Hasli trauma imbau tragedi helikopter PDRM terhempas di Tanah Merah

BACA LAGI: [VIDEO] Semangat tentera namun berjiwa atlet, perjalanan luar biasa Saddam Pittli sebagai anak jati Teluk Intan

Pengarah JKN Kedah, Dr Ismuni Bohari, berkata arahan dikeluarkan selepas menjalankan siasatan lanjut susulan aduan turut diterima menerusi akaun Facebook Penduduk Sungai Petani pada Selasa.

Katanya, aduan berkaitan penemuan ulat dalam telur masin dibuat seorang pelanggan premis berkenaan.

“Pengesahan aduan dilakukan dengan pengadu berkenaan susulan kes yang tular di media sosial.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda menjalankan siasatan lanjut pada Rabu dan mendapati premis berkenaan gagal mematuhi keperluan kebersihan premis makanan mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 Akta Makanan 1983,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dr Ismuni berkata, notis kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 bersama Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Pemeriksaan semula akan dijalankan selepas pemilik premis mematuhi semua arahan pembersihan dan tindakan pembetulan diarahkan PKD Kuala Muda.

“JKN Kedah akan terus memantau dan memastikan premis makanan mematuhi Peraturan-peraturan Makanan mengikut Akta Makanan 1983 bagi mengelak kejadian berulang,” jelas beliau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram