Lagi kejadian harimau mengganas, pekerja ladang cili tak sempat selamatkan diri maut kena baham pak belang di Kota Bharu


  • 112
  • Khamis, 17 Okt 2024

Seorang lelaki Myanmar maut disyaki diserang harimau di belakang asrama pekerja dalam kejadian di sebuah ladang cili.

SEORANG lelaki warganegara Myanmar maut disyaki diserang harimau dalam kejadian di belakang asrama pekerja yang terletak di sebuah ladang cili, Jalan Raya Timur Barat Jeli - Gerik pada Khamis.

Ketua Polis Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada hari yang sama daripada seorang rakan mangsa yang menemuinya di hutan berhampiran jalan utama pada pukul 9.15 pagi.

Rakan mangsa menyatakan bahawa mangsa hilang pada pukul 8.30 malam ketika terdengar ngauman bunyi harimau berhampiran ladang.

BACA LAGI: Remaja 20 tahun tergamak rodok belakang ibu lepas datuk keluar rumah di Jempol

BACA LAGI: Lagi kes keracunan makanan, kali ini 15 pelajar SBP Jempol dirawat di wad

"Mangsa ditemui sekitar 300 meter dari asrama pekerja dan berdasarkan penemuan darah di sepanjang jalan, mangsa dipercayai cuba melarikan diri tetapi gagal," katanya.

Superintendan Saari Yaacob berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Jeli untuk bedah siasat.

Terdahulu media melaporkan berlakunya serangan harimau di Jalanraya Timur-Barat dari Gerik ke Jeli yang mengorbankan seorang pengendali jentera berat baru-baru ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram