[VIDEO] Tragedi mandi sungai, budak perempuan OKU mati lemas di Menggatal


  • 112
  • Khamis, 17 Okt 2024

Kanak-kanak perempuan OKU itu dilaporkan lemas di sungai Menggatal, Sabah.

SEORANG kanak-kanak perempuan kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun ditemui mati lemas di sungai dalam kejadian di Menggatal, Sabah.

Mayat Indah Tawasil ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 6.30 petang selepas lima jam hilang.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

BACA LAGI: Lagi kejadian harimau mengganas, pekerja ladang cili tak sempat selamatkan diri maut kena baham pak belang di Kota Bharu

BACA LAGI: Lagi kes keracunan makanan, kali ini 15 pelajar SBP Jempol dirawat di wad

Difahamkan, gadis itu hilang selepas terjun dari jambatan ke dalam sungai Menggatal dan pihak berkuasa memulakan usaha mencari dan menyelamat.

Gadis itu dipercayai terjun ke dalam sungai di Kg Lokub untuk menyertai kanak-kanak lain berenang tetapi tidak timbul semula.

Ketua Balai Bomba Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.03 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira 40 minit kemudian.

Hujan lebat di banyak tempat sekitar bandar sejak lewat petang menyukarkan operasi pencarian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram