MASALAH kekurangan pakir kenderaan ketika solat Jumaat mungkin menyukarkan orang ramai apabila rata-rata mementingkan diri dan tidak bekerjasama.
Dalam situasi sebegini sudah pasti ramai jemaah berharap pelbagai pihak memainkan peranan dan bertanggungjawab tidak menyukarkan keadaan.
Tular satu hantaran video di laman Facebook memaparkan situasi kepadatan kenderaan di kawasan laluan utama pintu masjid ketika selesai solat Jumaat.
Video berkenaan dipercayai dirakam oleh individu yang dikenali sebagai Shahrim Tamrin yang memuat naik hantaran itu pada jam kira-kira 2.45 petang.
Menerusi paparan video berkenaan dapat dilihat para jemaah lebih memilih untuk memakir kenderaan masing-masing di kawasan dalam masjid mengakibatkan laluan menjadi sempit.
Dipercayai lokasi kejadian adalah di Masjid klang Gate Baru, Kuala Lumpur dan hasil paparan video turut mendapati persekitaran luar pintu masih kelihatan masih banyak ruang dan lebih sesuai untuk memakir kenderaan.
Walau bagaimanapun, Shahrim Tamrin menyeru dan memohon jasa pemilik kenderaan agar lebih bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri terutamanya ketika solat Jumaat.
"Mohon pemilik kenderaan sentiasa mempunyai budi pekerti tidak meletakkan kenderaan anda di pintu utama masjid sebelum menunaikan solat Jumaat.
"Perbuatan anda meletakkan kenderaan sesuka hati di pintu utama masjid pada setiap solat Jumaat menyukarkan dan menyempitkan ruang dan menyebabkan kesesakan kepada jemaah berjalan kaki keluar selepas selesai solat Jumaat.
"Pintu utama ini direka dan dibina dengan cukup luas bukaan bagi memudahkan orang ramai keluar masuk dan bukannya untuk tuan-tuan meletakkan kenderaan sesuka hati di situ.
"Mohon kerjasama dan juga dimohon keinginan anda mahu menjadi insan maju, prihatin dan bertanggungjawab," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram