Jakim iktiraf 5 badan sijil halal antarabangsa


  • Primer
  • Jumaat, 18 Okt 2024

KPDNHEP telah meminda Jadual Kedua Perintah Perihal Dagangan (Pensijilan dan Penandaan Halal) 2011 dengan menambah badan pensijilan halal luar negara baharu yang diiktiraf oleh Jakim.

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah meminda Jadual Kedua Perintah Perihal Dagangan (Pensijilan dan Penandaan Halal) 2011 dengan menambah badan persijilan halal luar negara baharu yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pindaan itu sejajar dengan keputusan Jakim mengiktiraf lima badan persijilan halal asing tambahan tahun ini yang terdiri daripada dua dari Rusia dan masing-masing satu dari Brazil, Mongolia dan Uruguay.

“Ini menjadikan jumlah badan persijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim meningkat kepada 88 di 49 negara di seluruh dunia.

"Jadual Kedua Perintah Perihal Dagangan (Pensijilan dan Penandaan Halal) 2011 telah diwartakan pada 4 Oktober dan berkuat kuasa pada 5 Oktober 2024," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak larat bersembunyi sebab lapar, lelaki tetak jiran di Keningau akhirnya dicekup lepas sebulan larikan diri

BACA LAGI: [VIDEO] Tiga remaja 17 tahun cuba lari pemeriksaan polis di Rawang tiada lesen memandu

Sementara itu, berdasarkan statistik penguatkuasaan kes berkaitan halal, Armizan berkata, sebanyak 53 kes dilaporkan antara 1 Januari hingga 30 September tahun ini dengan rampasan bernilai RM1.81 juta.

Antara kesalahan yang direkodkan ialah menggunakan logo halal palsu dan menggunakan sijil halal yang dikeluarkan oleh badan yang tidak diiktiraf.

LABUAN, 6 Mei -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali ketika berucap pada sesi taklimat program lawatan kerja ke Pejabat Mahkamah Anak Negeri Labuan hari ini.Akta Anak Negeri khusus untuk Wilayah Persekutuan Labuan akan diwujudkan sebagai usaha memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman Mahkamah Anak Negeri di pulau bebas cukai itu.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Armizan Mohd Ali.

Beliau menasihatkan semua pihak supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan itu terutamanya berkaitan isu halal kerana kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ingkar.

Penerbitan pindaan itu adalah untuk memperkasakan industri dan perundangan halal negara di samping melindungi kepentingan pengguna Islam — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram