Harga barang kami jual tidak akan naik sebab SST meningkat — Ameer Ali Mydin


  • Massa
  • Sabtu, 02 Mac 2024

Pasar raya Mydin mengumumkan tiada sebarang kenaikan harga barang jualan walaupun kadar SST dinaikkan. — The Star

DI KALA rakyat bersusah hati dengan kenaikan harga barang selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dinaikkan kepada lapan peratus pada Khamis, pasa raya terkemuka, Mydin tampil memberi khabar gembira.

Sebelum kenaikan SST berkuat kuasa lagi, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin dilaporkan berkata, kenaikan SST daripada 6.0 peratus kepada 8.0 peratus itu tidak memberi kesan besar kepada pasar raya itu.

BACA LAGI : Tangguh dulu SST 8 peratus, rakyat Malaysia dijangka berdepan 1 lagi pusingan inflasi — Pemuda MCA

Mydin Mohamed Holdings Bhd managing director Datuk Ameer Ali Mydin showing the new Meriah loyalty card for their customers, and special deals of various products at Mydin Mall, USJ, Subang Jaya.

Dr Ameer menjelaskan bahawa kenaikan SST tidak menjejaskan perubahan harga jualan di Mydin. — The Star

BACA LAGI : Naik 8 peratus, kerajaan sedia kecualikan air, elektrik daripada SST

Katanya, harga jualan barangan di Mydin masih kekal sama dan dijual mengikut harga pasaran seperti beras dan gula.

"Barang-barang yang kami jual tidak akan naik harga disebabkan peningakatan SST.

"Memang kenaikan SST kepada lapan peratus itu akan menambah kos overhed (perbelanjaan) Mydin, tetapi jumlah itu kecil berbanding kenaikan tarif elektrik," katanya.

Malah beliau mengulangi pendiriannya itu menerusi sesi wawancara bersama stesen televisyen tempatan dengan menyatakan harga barangan yang dijual masih kekal sama walaupun SST meningkat.

Dalam perkembangan terbaharu, rata-rata barangan yang dijual terutamanya menerusi platform e-dagang dilaporkan mengalami kenaikan harga susulan kenaikan SST.

Kenaikan itu dikatakan berlaku sehingga RM5 termasuk caj penghantaran yang mempunyai tambahan sebanyak RM0.29 untuk pembelian domestik.

Barangan dalam talian berat di bawah dua kilogram (kg) yang sebelum ini dicaj penghantaran domestik hanya RM4.90, tetapi dilaporkan sudah dinaikkan kepada RM5.19.

Bagaimanapun, walaupun kerajaan mengumumkan kenaikan SST tidak menjejaskan barang keperluan harian, namun jika ia dijual secara dalam talian, maka kenaikan tetap berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram