Belanjawan 2025: Kadar duti eksais minuman bergula naik secara berfasa bermula 1 Januari 2025


  • Primer
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Hasil diraih daripada dasar itu akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam. — Gambar hiasan

KERAJAAN bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 kepada sebanyak 90 sen seliter berbanding 50 sen seliter ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dilaksanakan bagi menyokong gerakan perang terhadap gula untuk menangani penyakit tidak berjangkit obesiti di dalam negara.

Ujarnya, Malaysia ketika ini merupakan negara paling obes di rantau Asia Tenggara.

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Peruntukan RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan buat 5.2 juta murid tak kira pendapatan ibu bapa

BACA LAGI: Belanjawan 2025: KWSP kaji mekanisme pindah simpanan ke akaun ahli keluarga terdekat

Katanya, tambahan hasil diraih daripada dasar itu akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam.

Antaranya, penambahan bekalan ubat SGLT-2 inhibators bagi kegunaan rawatan diabetes, penyediaan rawatan Dialisis Peritoneal untuk pesakit buah pinggang tahap akhir kepada lebih banyak pesakit selain FELDA yang turut menambah baik pusat dialisis mereka.

Dalam pada itu, sebagai menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat, Anwar berkata, sebanyak RM27 juta disediakan bagi merancakkan lagi aktiviti sukan dan riadah rakyat termasuk penganjuran Hari Sukan Negara.

"Kerajaan juga bercadang memperluas skop pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan perubatan meliputi bayaran ujian pengesanan penyakit, pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan dan kit ujian pengesanan penyakit sebagai langkah ke arah amalan penjagaan kesihatan kendiri," ujarnya.

6093670733545849279

Anwar berkata, langkah itu dilaksanakan bagi menyokong gerakan perang terhadap gula bagi menangani penyakit tidak berjangkit, obesiti di dalam negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bagi Belanjawan 2025, Anwar berkata, Kementerian Kesihatan menerima peruntukan kedua tertinggi iaitu RM45.3 bilion berbanding RM41.2 bilion.

"Keutamaan Kerajaan adalah untuk menyediakan kemudahan kesihatan berkualiti, selesa dan mesra rakyat. Sejumlah RM1.35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatan termasuk membaiki tandas hospital yang uzur dan wad-wad pesakit yang usang.

"Kerajaan juga terus menaik taraf klinik-klinik daif seluruh negara. Di bawah Madani, peruntukan bagi maksud ini ditingkatkan setiap tahun iaitu RM100 juta (2023), RM150 juta (2024) dan RM 300 juta untuk tahun hadapan," ujar beliau.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar.

Katanya, bagi fasiliti kesihatan yang mengguna pakai sistem tersebut, Kerajaan bersetuju supaya Elaun Tugas Atas Panggilan dinaikkan antara RM55 hingga RM65 kepada pegawai perubatan dan pegawai pergigian mengikut bidang perkhidmatan serta jabatan tertentu.

Belanjawan kali ini merupakan yang ketiga dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram