[VIDEO] Pemandu tahan sakit kaki tersepit, lori ‘sondol’ lori di plaza tol LEKAS Semenyih


  • 112
  • Khamis, 17 Okt 2024

Mangsa hanya mengalami kecederaan berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

SEORANG pemandu lori cedera tersepit selepas lori dipandunya merempuh sebuah lagi lori hadapan yang sedang berhenti di Plaza Tol Semenyih, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di lorong yang sama pada Khamis.

Keadaan tersebut menyebabkan lori tersebut bertembung dan melekat di tengah-tengah kawasan tol itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 9.04 pagi mengenai kemalangan dua lori 20 tan.

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Peruntukan naik taraf fasiliti awam, tingkatkan kadar elaun suntik semangat OKU jalani hidup

BACA LAGI: [VIDEO] Ada ulat dalam telur masin, premis makanan di Sungai Petani diarah tutup

WhatsApp Image 2024-10-17 at 16.03.57

Keadaan lori di Tol Semenyih, Lebuhraya Kajang-Seremban.

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Anggota yang tiba di lokasi mendapati kaki pemandu lori berkenaan iaitu seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an tersepit," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa yang hanya mengalami kecederaan berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. Tiada kerosakan infrastruktur tol tersebut dilaporkan.

Orang ramai diminta berhati-hati dan pandu secara berhemah terutamanya di atas lebuh raya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram