Musim tengkujuh tiba awal, JKM Terengganu pertingkat persiapan banjir


  • Primer
  • Khamis, 17 Okt 2024

JKM akan memastikan bekalan makanan dan keperluan asas di Depot Simpanan Utama di Pulau Kerengga, Marang dan 10 mini depot serta 155 pangkalan hadapan di seluruh negeri sentiasa mencukupi, bagi menghadapi bencana banjir.

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu melakukan persiapan awal bagi menghadapi potensi banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL), yang dijangka berlaku lebih awal kali ini.

Pengarahnya Mazura Ngah Abdul Manan berkata antara yang dilakukan ialah penghantaran sebanyak 4.4 tan bekalan makanan dan keperluan asas kepada lebih kurang 300 keluarga di Pulau Redang di Kuala Nerus, Terengganu pada Khamis.

"Biasanya penghantaran bekalan makanan ke pangkalan hadapan di pulau-pulau termasuk Pulau Redang, dilakukan pada hujung Oktober tetapi MTL dijangka lebih awal kali ini jadi kita hantar hari ini.

BACA LAGI: 50 tahun pemergian P. Ramlee, 3 fakta dan momen penting seniman agung negara

BACA LAGI: AI wajah palsu artis lebih bahaya daripada mesej ‘nakal’ — Nazrief Nazri

“Kita juga akan menghantar bekalan kepada penduduk Pulau Perhentian di Besut dalam masa terdekat,” katanya pada Khamis.

Menurut beliau lagi, bekalan seperti beras, minyak masak, tepung, dan susu formula bayi itu mampu menampung kegunaan penduduk di pulau tersebut selama tiga bulan.

Bahkan tindakan awal juga telah diaturkan dan berada dalam keadaan siap sedia jika berlaku sebarang kekurangan bekalan.

"Jika berlaku kekurangan bekalan, kita akan selaraskan awal dengan pelbagai pihak. Contohnya, jika keadaan bertambah buruk, kita mungkin perlu melibatkan agensi lain termasuk perkhidmatan pengangkutan udara," katanya.

463516366_1081125766906402_4172712687585757405_n

Antara bekalan makanan yang dihantar di Pulau Redang menerusi Jeti Kastam, Kuala Terengganu.

Mazura berkata, JKM juga akan memastikan bekalan makanan dan keperluan asas di Depot Simpanan Utama di Pulau Kerengga, Marang dan 10 mini depot serta 155 pangkalan hadapan di seluruh negeri sentiasa mencukupi, bagi menghadapi bencana banjir.

Terdahulu, amaran telah dikeluarkan dari Met Malaysia berkenaan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada November depan dan berterusan sehingga Mac 2025. Orang ramai di minta untuk mengutamakan keselamatan terutamanya kawasan yang berpotensi tinggi untuk berlaku banjir kita.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram