Bukan AES tapi kamera Google, sudah wujud sejak 2021 — Pejabat ADUN Tanjong Bunga


  • Tular
  • Khamis, 17 Okt 2024

Kamera Google yang disangka kamera AES oleh orang ramai di Jalan Tanjong Bunga, Pulau Pinang sehingga tular sejak Khamis.

TULAR di media sosial mengenai kamera perangkap kelajuan (AES) di FT006 Jalan Tanjong Bunga, Pulau Pinang (berhampiran Sri Golden Bay Condominium) yang kononnya baharu dipasang baru-baru ini.

Perkara tersebut mengundang perhatian warga setempat termasuk pemandu yang melalui kawasan tersebut dan menyatakan bahawa mereka baharu sahaja menyedari keberadaan alat tersebut.

"Ya, ia baru dipasang. Saya juga menyedarinya semalam tetapi saya tidak dapat mengenal pasti lokasi yang tepat. Sekurang-kurangnya anda menemuinya.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas 'offer' main tanpa gaji, Liridon kongsi gol mantap gandingan bersama legenda AC Milan

BACA LAGI: 'Jangan takut gagal', remaja 16 tahun gigih tulis, sampaikan 101 ucapan berani cabar potensi diri

"Sudah pasti sukar cara mereka bersedia daripada memandu dengan kelajuan tinggi dan tiba-tiba perlu perlahankan kenderaan kepada 40 km/j," kata seorang warga maya di ruangan komen seorang pengguna Facebook yang berkongsi lokasi kamera tersebut.

"Wah, ada cerun dan susah nak dikawal kelajuan di situ," kata seorang lagi pengguna media sosial.

Bagaimanapun, pejabat kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Tanjong Bunga telah membuat pengesahan bersama agensi-agensi berkaitan dan mendapati bahawa ia bukan kamera perangkap kelajuan.

WhatsApp Image 2024-10-17 at 11.48.00 AM

Tiang kamera yang berfungsi sebagai Google Street Image dikatakan kamera perangkap kelajuan.

Sebaliknya, pihaknya menjelaskan kamera tersebut merupakan CCTV yang dipasang di lot tanah persendirian dan dan berfungsi sebagai alat carian di "Google Street Image". Bahkan, tiang dan alat tersebut telah wujud sejak 2021.

"Kami ingin mengingatkan orang ramai agar berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dan memastikan kesahihan sebelum membuat sebarang kesimpulan kalau tak pasti, jangan kongsi," kata pejabat itu dalam satu kenyataan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

===================

Keyword-

Summary- Alat carian di "Google Street Image". Bahkan, tiang dan alat tersebut telah wujud sejak 2021.