[VIDEO] Lubang benam Bayan Lepas: Kerja baiki paip pecah siap selewatnya 7 hari — IWK


  • Massa
  • Khamis, 17 Okt 2024

Pengadang keselamatan diletakkan di sekitar kawasan lubang benam terbabit. — Facebook/Andrew Ooi

INDAH Water Konsortium (IWK) memaklumkan pihaknya sudah mengambil tindakan segera membaiki paip terjejas yang dilaporkan menjadi punca kepada kejadian lubang benam di Lebuh Bukit Kecil 3, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada Rabu.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, IWK berkata, kerja-kerja tersebut dijangka siap dalam tempoh empat hingga tujuh hari.

Selepas aduan diterima daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Exco Infrastruktur, Pengangkutan, dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, IWK segera menjalankan siasatan di kawasan itu.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

"Tindakan segera diambil, termasuk menggerakkan pasukan pembaikan kami dan menyelaras dengan JKR dan pejabat YB EXCO untuk melaksanakan penutupan jalan, mewujudkan penghadang keselamatan, dan mengubah hala lalu lintas untuk keselamatan awam.

"Setakat malam tadi (Rabu), kontraktor IWK telah memulakan kerja-kerja pembaikan," menurut kenyataan itu.

2967130

Keadaan salah satu tayar bas sekolah yang tersangkut di lubang benam terbabit di lokasi kejadian. — Facebook/Andrew Ooi

Pada Rabu, satu kejadian lubang benam dengan kedalaman 3 meter (m) dipercayai akibat paip pecah dilaporkan berlaku di lokasi tersebut sehingga menyebabkan sebuah bas tersangkut.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memaklumkan pasukan IWK masih menyiasat punca kejadian yang berkemungkinan terjadi disebabkan hujan lebat dan pergerakan ke paip bawah tanah.

"Pada masa ini, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif, kerana akses ke Taman Sri Nibong melalui Krystal Point akan ditutup buat sementara waktu.

"IWK kekal komited untuk memastikan operasi sistem pembetungan berterusan yang selamat dan cekap di kawasan itu, berusaha untuk menjaga kesihatan awam dan alam sekitar," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram