SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat 20 projek di bawah Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) yang dipercayai ada hubungan dengan kegiatan rasuah.
“Kita akan semak 20 projek melibatkan negeri (Selangor) yang dimaklumkan menerima rasuah. Ini adalah projek yang mempunyai kaitan dengan kepentingan negeri.
“Projek-projek ini tiada kaitan dengan Menteri Besar Selangor sekarang (Datuk Seri Amirudin Shari).
“Kami perlu menyelesaikan siasatan kami dan mengumpul bukti sebelum memanggil ahli politik tersebut. Kita tidak tahu sama ada terdapat ahli politik Selangor lain yang terlibat - buat masa ini, hanya seorang ahli politik Selangor,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Beliau berkata, seorang bekas ketua pegawai operasi (COO) MBI ditahan reman selama seminggu bermula Khamis.
Bekas pegawai tinggi badan penasihat negeri Selangor itu ditahan semula pada Rabu.
Azam juga berkata, SPRM menemui RM600,000 di sebuah premis di Lembah Klang, disyaki milik ahli politik Selangor itu yang tidak dinamakannya buat masa ini.
SPRM menemui RM600,000 di sebuah premis di Lembah Klang, disyaki milik ahli politik Selangor itu yang tidak dinamakan buat masa ini.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan meja bulat bersama bank perdagangan anjuran SPRM pada Khamis.
“Pagi ini (Khamis), kami telah diberikan reman tujuh hari ke atas bekas COO MBI berusia 45 tahun, yang kami tangkap sebelum ini dan berjaya mendapatkan reman sehari sahaja dan dibebaskan.
“Hari ini, dia ditahan semula dan Mahkamah Majistret membenarkan reman.
“Kami telah menahan dua - berkaitan kes MBI - sebelum ini, dan seorang lagi masih dalam reman selama lima hari, yang saya umumkan semalam (Rabu).
“Mengenai perkembangan terkini kes MBI - enam lagi premis diserbu SPRM. Antara penemuan itu ialah wang tunai RM600,000 di sebuah premis kediaman di Lembah Klang semalam, disyaki untuk ahli politik itu.
“Kami juga sedang meneliti lima syarikat yang didakwa mempunyai saham dalam syarikat yang membabitkan ahli politik yang kami tangkap.
“Premis yang kita serbu bukan milik suspek dan terdapat premis yang menjadi rumah sewa.
“Jika kita mahu memanggil sesiapa untuk memberi keterangan, kita perlu melakukan kerja kita (siasatan).
"Saya tidak boleh katakan berapa lama lagi sebelum kita boleh memanggil ahli politik itu. Apabila kita ingin memanggil seseorang yang penting, kita perlu mendapatkan bukti yang menyeluruh. Saya telah menasihatkan pegawai-pegawai saya supaya memanggil ahli politik itu apabila bukti sudah mencukupi.
“Ramai telah dipanggil untuk memberikan kenyataan - sehingga kini kira-kira 18 individu,” kata Azam.
Beliau menambah bahawa akan ada lebih banyak tangkapan berkaitan siasatan tersebut.
Pada Ahad, SPRM menyerbu sebuah unit pangsapuri, dikatakan sebagai "safe house" seorang ahli politik dan merampas kira-kira RM5 juta dalam mata wang asing.
Serbuan itu dilakukan susulan penahanan dua individu termasuk bekas eksekutif kanan MBI pada 10 Oktober lalu berhubung kes rasuah berkaitan konsesi perlombongan pasir. — The Star/ZAKIAH KOYA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram