JIKA di Malaysia dikejutkan dengan kejadian pembunuhan kejam Bella, rakyat di Amerika Syarikat juga pernah digemparkan dengan kisah ngeri melibatkan pembunuh bersiri antara 2003 hingga 2016.
Pada tahun itu, seorang lelaki bernama Todd Christopher Kohlhepp yang merupakan pembunuh bersiri dilaporkan melakukan jenayah tersebut tanpa dihidu hampir 13 tahun sebelum berjaya ditahan polis.
Tangkapan tersebut dilakukan dan sempat dirakam ketika pihak Polis South Carolina menyerbu kawasan kediaman Todd.
BACA LAGI: ‘Teman lelaki durjana’, bekas posmen angguk faham ketika didakwa bunuh Bella
Todd yang merupakan suspek kejadian.
Menerusi rakaman yang dimuat naik semula di Twitter (X) @Morbidful, ia merakam detik-detik operasi menyelamatkan salah seorang mangsa yang disimpan di dalam sebuah kontena besar.
Ketika operasi tersebut, polis berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dikatakan sudah diseksa dan dicabul beberapa kali oleh Todd sebelum dirantai lehernya dan disimpan di dalam kontena itu.
BACA LAGI: Selepas lebih seminggu, polis dah dapat 5 petunjuk buru dalang pembunuhan Zayn Rayyan
Dalam video sama, mangsa, Kala Brown dilihat dalam keadaan lemah sambil menceritakan nasibnya dan teman lelakinya kepada anggota polis.
Menurut rekod polis, wanita tersebut diculik bersama kekasihnya yang mati dibunuh Todd.
Kala menjelaskan bahawa dia disimpan di dalam kontena berkenaan selama lebih dua bulan selepas Todd membunuh teman lelakinya, Charles David Carter.
Kala dilaporkan menerima wang ganti rugi sebanyak RM28 juta yang ditetapkan oleh mahkamah selepas ketika perbicaraan kes tersebut.
Mayat Charles kemudiannya dilaporkan ditemui tidak jauh dari kawasan kejadian yang ditunjuk sendiri oleh Todd.
Sementara itu, Todd dilaporkan ditahan pada 2016 serta dihadapkan ke mahkamah sebelum dia mengaku bersalah terhadap 14 tuduhan pada 2017.
Ia termasuk tujuh pertuduhan membunuh dan menerima hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang parol kerana pendakwa raya dilaporkan memutuskan untuk tidak menjatuhkan hukuman mati terhadap Todd.
Difahamkan, teman lelaki wanita itu merupakan mangsa ketujuh pembunuh kejam itu.
Malah lebih mengejutkan, Todd ada tabiat pelik iaitu gemar membuat ulasan tentang senjata yang digunakan untuk menyeksa mangsa menerusi laman dagangan Amazon.
Perwatakan Todd sebagai seorang ejen hartanah dan memiliki tanah seluas 100 ekar juga menyukarkan pihak polis menyelesaikan kes penculikan dan pembunuhan di kawasan tersebut.
Namun segalanya terbongkar apabila detektif kes itu mengesan komen yang ditulis Todd menerusi laman Amazon tentang produk senjata yang digunakan dalam aktivitinya itu.
Todd dikenakan hukuman penjara seumur hidup, sekali gus mengelak daripada dikenakan hukuman mati apabila bekerjasama dengan pihak pendakwa raya apabila mengakui perbuatannya itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram