Tanah runtuh Taman Melawati, penduduk gesa segera henti pembangunan cerun bukit


  • Massa
  • Rabu, 16 Okt 2024

Kira-kira 20 penghuni rumah di Jalan E6, Taman Melawati terpaksa berpindah berikutan tanah runtuh yang menimpa kawasan tersebut dalam kejadian pada Selasa.

PENDUDUK Taman Melawati, Ampang, Selangor menggesa pembangunan cerun bukit yang disifatkan sensitif terhadap alam sekitar dihentikan selepas berlaku tanah runtuh di kawasan itu.

Memandangkan kejadian tersebut bukan tanah runtuh pertama di kawasan terbabit, mereka berpandangan bahawa projek pembangunan boleh mencetuskan lebih banyak perkara tidak diingini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawati, Azhari Abd Taharim berkata, cerun itu adalah tanah persendirian.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas 'offer' main tanpa gaji, Liridon kongsi gol mantap gandingan bersama legenda AC Milan

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

Occupants of some 20 houses in Jalan E6 Taman Melawati were forced to move out following a landslide yesterday. 15 OCTOBER 2024 —CHAN TAK KONG/The Star

Beberapa penduduk Jalan E6, Taman Melawati berpindah ke pusat komuniti berhampiran selepas mendapat arahan pindah daripada pihak berkuasa.

“Cerun tersebut adalah Kategori 2 atau 3 (kecerunan antara 15 darjah dan 35 darjah) yang mana ia tidak boleh disentuh,” katanya kepada StarMetro.

Malah dalam draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2035 (RT MPAJ) ada menyatakan kawasan itu diwartakan sebagai sensitif terhadap alam sekitar.

“Terdapat banyak kejadian tanah runtuh di Taman Melawati dan ini antara yang berisiko. Kami bernasib baik kerana tiada kecederaan kali ini," ujarnya.

Hujan lebat berterusan pagi Selasa menyebabkan tanah runtuh di sepanjang Jalan E6 di Taman Melawati. Difahamkan penduduk daripada 20 rumah telah diarah berpindah, dengan kebanyakan mereka menuju ke balai raya berhampiran.

Antara penduduk di kawasan kejiranan yang berpindah itu ialah Shireen Nik Ibrahim.

Menceritakan kembali kejadian itu, dia berkata, anak perempuannya menghubunginya ketika dia hendak memandu ke tempat kerja pada waktu pagi.

Maklum anak perempuannya, dia mendengar bunyi yang kuat dan melihat tanah turun dari cerun.

“Terdapat tanah runtuh kecil, diikuti dengan lebih besar.

“Ia menyebabkan sebatang pokok besar tumbang lalu merosakkan pos pengawal keselamatan.

“Anak perempuan saya bertuah kerana sempat meninggalkan kawasan itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tambahnya, dia bersyukur kerana rumahnya tidak mengalami kerosakan daripada kejadian tersebut.

Robiatun was allowed time to remove important documents before evacuating from her home.

Robiatun berkata, dia diberi masa untuk mengambil dokumen penting sebelum berpindah.

Seorang lagi penduduk Jalan E6, Robiatun Mohd Yaacob yang turut berpindah ke pusat komuniti berkata, penduduk tidak dapat mengeluarkan kenderaan mereka, sebaliknya diberi masa untuk mengambil dokumen penting.

“Saya mendapat panggilan daripada jiran ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan terus berpatah balik.

"Kami tidak tahu bila pihak berkuasa akan dapat membersihkan kawasan itu dan membenarkan kami pulang," katanya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.42 pagi.

Tanah runtuh menyebabkan cerun berukuran 20 meter (m) x 20m runtuh dari ketinggian 30m.

Beberapa pokok turut tumbang di sekeliling rumah, menyebabkan kenderaan rosak.

Penduduk berkongsi video di media sosial memaparkan tahap kerosakan. — The Star/SHALINI RAVINDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram