PENDUDUK Taman Melawati, Ampang, Selangor yang terjejas dengan kejadian tanah runtuh disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya satu atau dua hari lagi sebelum boleh pulang ke rumah masing-masing.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, siasatan masih dijalankan oleh pelbagai pihak berkuasa termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi memastikan keselamatan kawasan tersebut.
"Pegawai JMG akan meneruskan penilaian mereka di lokasi kejadian pada pukul 10 pagi (Rabu)," katanya.
BACA LAGI: Tanah runtuh Taman Melawati, penduduk gesa segera henti pembangunan cerun bukit
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan cerun bukit di Taman Melawati.
Amirudin turut melawat beberapa penduduk yang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berhampiran.
Dalam pada itu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bersama agensi lain dilihat menutup kawasan tanah runtuh itu.
Amirudin pada masa sama berkata, semua pemilik tanah perlu menjalankan penyelenggaraan sewajarnya ke atas tanah mereka.
Seruan untuk bertindak itu berikutan petunjuk awal bahawa tanah runtuh mungkin berlaku disebabkan oleh saliran tersumbat di atas cerun.
"Pemilik tanah mesti proaktif menguruskan harta mereka. Kami telah menghubungi pemilik tanah terbabit dan mengeluarkan notis penyelenggaraan jalan dan longkang," tegasnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram