
SEORANG pelajar difahamkan mengalami renjatan elektrik dalam satu kejadian di sebuah pusat tahfiz dekat Kampung Gong, Penaga, Jabi, Besut, Terengganu pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, dalam insiden pukul 10.30 malam Selasa, Muhammad Fahmi Rasyidi Shariful Hadi yang berusia 17 tahun ditemui memegang sebiji mentol lampu.
"Mangsa dari Klang, Selangor difahamkan mengalami renjatan elektrik ketika memegang mentol selepas pulang dari membasuh tangan ketika hujan lebat.
BACA LAGI: Pengunjung lelaki, wanita kolam air panas di Besut diasingkan selewatnya pada 2025
BACA LAGI: Mayat tertiarap tepi sungai di Besut rupanya tinggal sendirian di masjid kerana kesempitan hidup
Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Besut.
"Ketika tiba di lokasi, polis mendapati pelajar lain sudah menempatkan mangsa yang tidak menyedarkan diri di dalam kereta," katanya seperti dilaporkan media tempatan.
Berdasarkan laporan, mangsa yang merupakan pelajar Madrasah Tahfiz Al Quranil Hakim itu dibawa ke Hospital Besut dan disahkan meninggal dunia pada Rabu.
Rozak berkata lagi, mayat mangsa sudah dibawa ke unit forensik hospital untuk proses bedah siasat sambil mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram