Pengunjung lelaki, wanita kolam air panas di Besut diasingkan selewatnya pada 2025


  • Primer
  • Isnin, 29 Jul 2024

Pengunjung kolam air panas di Besut, Terengganu akan diasingkan mengikut jantina pada 2025.

PENGUNJUNG lelaki dan wanita yang mengunjungi kolam air panas semula jadi di La Hot Spring di Jertih, Besut, Terengganu akan dilaksanakan selewat-lewatnya 2025.

Langkah tersebut dilakukan selepas melihat situasi yang tidak sesuai memandangkan infrastruktur di kawasan kolam air panas yang sempit dan kecil.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris memaklumkan bahawa ia bagi memastikan keselesaan untuk setiap pengunjung.

BACA LAGI: Polis dirempuh mat rempit di Seremban alami pendarahan otak, ditidurkan beri ruang berehat

BACA LAGI: 'Banyak kali mak cik kantin tak pulang baki duit anak', ibu bapa bengang sekolah 'back up' peniaga tak jujur

6141156781028656588

Kawasan kolam air panas yang sempit dan kecil.

Katanya, kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Besut (MDB) akan mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha dan penduduk setempat untuk mendapatkan cadangan terbaik untuk melaksanakan usaha tersebut.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Hulu Besut, Husaimi Hussin sambil berkata, pihaknya juga akan mengambil kira infrastruktur sedia ada di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pembinaan ruang untuk mengasingkan pengunjung lelaki dan wanita itu dianggarkan memerlukan kos perbelanjaan antara RM30,000 hingga RM50,000.

Pihaknya juga akan melaksanakan strategi penjenamaan termasuk penggunaan logo, slogan dan identiti visual dalam semua bahan promosi.

Tambahnya, MDB akan menyediakan 20 unit bilik pada peringkat awal namun melihat kepada jumlah pengunjung yang tinggi terutama pada hujung minggu dan cuti am, keseluruhan bilik di La Hot Spring telah ditambah sehingga 38 unit termasuk lapan kabin kontena.

Kadar sewa yang dikenakan pula adalah antara RM50 hingga RM150 untuk setiap unit satu malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram