TERDAPAT satu mitos yang sudah lama berlegar. Mitos tersebut adalah, adakah makan terlalu banyak lobak merah boleh membuatkan seseorang itu menjadi jingga?
Nampak macam main-main bukan? Tapi sebenarnya ya. Jika anda makan terlalu lobak merah, ia boleh menyebabkan anda menjadi warna oren.
Tapi bagaimana ia terjadi? Tindak balas tersebut akan hadir menerusi kulit selepas lobak terlalu banyak dimakan.
BACA LAGI: Imunoterapi guna bisa rawatan inovatif rawat alahan terhadap sengatan serangga
BACA LAGI: Tiba-tiba terlelap siang hari petanda alami narkolepsi, boleh berlaku seawal usia 7 tahun
Lobak, labu dan keledek mempunyai pigmen dipanggil sebagai beta-karotena. Apabila ia diambil dengan terlalu banyak, ia akan mula memberi kesan kepada badan anda dan menukar warna kulit.
"Menggunakan kira-kira 20 hingga 50 miligram beta-karotena setiap hari dalam beberapa minggu boleh mendorong kepada perubahan warna kulit," kata pakar kulit iaitu Dr Melissa Piliang.
Sebagai rekod, sebiji lobak mempunyai sekurang-kurangnya 4 miligram beta-karotena. Oleh itu, jika memakan 10 biji lobak setiap hari untuk beberapa minggu akan menyebabkan kulit berubah warna menjadi jingga.
Namun begitu, kes perubahan warna akibat terlalu banyak makan lobak itu bukanlah perkara lazim. Ia adalah kejadian yang jarang-jarang berlaku.
Oleh itu, bagaimana hendak mengatasi perkara tersebut? Menurut Dr Piliang, cara terbaik adalah untuk tidak mengambil beta-karotena terlalu banyak bagi memulihkan kulit yang berubah warna akibat terlalu banyak makan lobak.
Mengamalkan diet yang seimbang merupakan jalan terbaik untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram