Pekerja maut tertimbus, 2 lagi cedera akibat kejadian bangunan runtuh di Melaka


  • 112
  • Sabtu, 12 Okt 2024

Operasi menyelamat mangsa dalam kejadian bangunan runtuh di Melaka pada Jumaat. — JBPM

SEORANG pekerja binaan warga Bangladesh berusia 22 tahun maut, manakala dua lagi pekerja asing cedera apabila separuh struktur bangunan masih dalam pembinaan runtuh di Jalan Bukit Senjuang di Bandar Hilir, Melaka pada Jumaat.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Raja Saiful Iswandy Raja Hassan berkata, dua mangsa berasal dari Pakistan ditemui tertimbus di bawah runtuhan pada 6.40 petang dan 8.38 malam.

Katanya, pekerja warga Pakistan berusia 49 dan 32 tahun itu mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

BACA LAGI: [VIDEO] Dron pengesan haba bantu polis AS kesan budak hilang di tengah-tengah ladang jagung

BACA LAGI: Manfaat 'Google Translate', minat membaca buku bantu 2 murid India fasih berbahasa Melayu

"Mayat mangsa ditemukan tertimbus di bawah timbunan bahan binaan dan ditemui sekitar pukul 12.20 pagi pada Jumaat," katanya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat sedikit mencabar berikutan terdapat besi-besi yang berbahaya di tapak pembinaan.

Unit daripada Special Tactical Operation and Rescue Team Malaysia (STORM) yang terdiri daripada 40 anggota juga dipanggil untuk membantu dalam usaha menyelamat itu.

Raja Saiful berkata,seramai enam pekerja asing sedang menjalankan kerja di lokasi ketika kemalangan berlaku. — The Star/RSN MURALI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram