
SEORANG lelaki ditahan selepas terlibat dalam satu pertengkaran di sekitar kawasan Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian pada pukul 9.45 malam itu, mangsa yang berumur 49 tahun memandu kereta untuk pulang ke rumah bersama keluarga.
Menurutnya, mangsa yang juga seorang jurulatih kapal laut tiba-tiba didatangi kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu suspek secara melulu sebelum menghimpit kereta mangsa.
BACA LAGI: Hanya skor aksi friendly, Milos sekali lagi jadi 'bahan' fans Sang Kenari
BACA LAGI: Pemenang AFF 2010 mahu kembali ke Liga Super, 2 kelab Pantai Timur jadi destinasi
Katanya sebab tak puas hati kereta kena halang semasa nak keluar susur kiri dari Bulatan Kayangan Seksyen 10 ke Seksyen 7 pic.twitter.com/xdGx6yQ70Q
— iftitah_rozlan (@iftitahrozlan) October 10, 2024
"Suspek juga bertindak memberhentikan keretanya secara tiba-tiba di hadapan kereta mangsa.
"Dia kemudian datang ke arah kereta berkenaan dan mengetuk cermin tingkap sebelah pemandu.
"Suspek cuba menarik anak kunci kereta semasa mangsa membuka pintu namun tidak berjaya. Berlaku pertengkaran mulut melibatkan kedua-duanya selepas mangsa keluar dari kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Iqbal memaklumkan, suspek kemudian masuk semula ke dalam keretanya dan cuba melanggar mangsa sebanyak dua kali.
Jelasnya, cubaan kali pertama berjaya dielak, namun kali kedua mangsa telah dilanggar sehingga terjatuh menyebabkan kaki kanannya digilis dengan tayar kereta, sebelum suspek memecut laju melarikan diri.
"Mangsa mengalami kecederaan keretakan kecil di kaki kanan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Shah Alam," ujarnya.
Kata Mohd Iqbal, bertindak atas maklumat, polis membuat tangkapan ke atas suspek bersama rampasan kereta Vios yang dipandunya di Meru Klang, Selangor, pada Rabu kira-kira pukul 5.30 petang.
Menurut beliau, suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati keretanya dihalang mangsa semasa dia hendak memandu ke susur kiri dari arah Bulatan Kayangan Seksyen 10 menghala ke Seksyen 7.
"Suspek yang bekerja sebagai penjual komponen kenderaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, namun hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tangkapan positif dadah jenis Benzo.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307/279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan boleh juga dikenakan denda bagi pertuduhan pertama, manakala hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2000 bagi pertuduhan kedua jika disabitkan dengan kesalahan," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram