SUASANA suram menyelimuti pekarangan Hospital Dungun sewaktu ahli keluarga tiba untuk menuntut jenazah tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu yang maut dalam kemalangan, pada Rabu malam.
Proses bedah siasat mangsa di Unit Forensik Hospital Dungun difahamkan selesai kira-kira pukul 9 pagi Khamis.
Mayat dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik selepas selesai bedah siasat untuk urusan pengebumian.
BACA LAGI: Mangsa ke-4 kena rempuh wanita disyaki kurang siuman sudah sedar di Hospital Dungun
BACA LAGI: Tiga pelajar UiTM Dungun maut, seorang parah kena rempuh wanita disyaki ada masalah mental

Tiga pelajar UiTM Kampus Dungun maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh pemandu SUV.
Jenazah Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, masing-masing berusia lingkungan 20-an kemudian dibawa ke Masjid Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun untuk disembahyangkan sebelum dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.
Tidak dapat menahan kesedihan, ahli keluarga ketiga-tiga mangsa dilihat berpelukan sambil mengalirkan air mata.
Pada Rabu, tiga pelajar UiTM Kampus Dungun dilaporkan maut manakala seorang cedera parah apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh dua motosikal dinaiki mereka di Jalan Pantai Sura, Dungun, Terengganu.
Pemandu SUV, seorang wanita dipercayai pesakit mental yang merempuh motosikal mangsa direman selama empat hari bermula Khamis. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
