Reman 9 individu termasuk 4 isteri Ahli Lembaga Pengarah GISBH dilanjutkan


Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor memutuskan bahawa reman dilanjutkan ke atas sembilan individu termasuk empat isteri Ahli Lembaga Pengarah GISBH.

SEMBILAN individu termasuk tujuh wanita yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) disambung reman pada Jumaat.

Perintah lanjutan reman ke atas semua individu berusia antara 18 dan 55 tahun itu dikeluarkan Majistret M. Mageshwary selepas permintaan polis dibuat di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor.

Tujuh wanita termasuk empat isteri kepada Ahli Lembaga Pengarah GISBH disambung reman sehari manakala dua lelaki direman dua hari selepas reman tujuh hari kesemua mereka bermula 28 September lalu tamat.

BACA LAGI: Gagal siapkan rumah ikut tempoh, kontraktor di Labuan diarah 'refund' RM50,000

BACA LAGI: Awasi jika sering batuk berkahak, berpotensi jadi tanda sakit paru-paru basah

Tempoh reman bagi sembilan individu disambung berkait kes GISB.

Kesemua mereka diwakili peguam Boestamam Ahmad, Dorina Abdullah dan Najib Zakaria.

Boestamam berkata, kesemua individu terbabit sebelum ini ditahan polis di sekitar Rawang pada 27 September lalu.

“Pada Jumaat, mahkamah membenarkan lanjutan reman sehari bagi tujuh wanita itu, manakala lanjutan dua hari diberikan kepada dua lelaki itu untuk siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, " katanya.

Kesemua suspek sebelum itu tiba di mahkamah pada pukul 10.15 pagi dengan diiringi pihak polis.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis membuat permohonan sambung reman ke atas 24 anggota kanan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu berikutan tempoh tahanan reman mereka tamat pada Jumaat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram