DALAM menelusuri arus kemodenan, terdapat pelbagai jenis permainan telah dicipta sama ada permainan video mahupun permainan yang melibatkan aktiviti secara fizikal.
Walaupun begitu, salah satu permainan tertua di dunia yang banyak menggunakan kemampuan menyusun strategi dengan baik masih lagi mendapat tempat di hati orang ramai.
Catur yang dikenali sebagai permainan strategi dikatakan banyak memberi manfaat kepada orang yang bermain catur.
Permainan catur mungkin agak rumit bagi sesetengah individu yang kurang gemar dalam memikirkan strategi perlawanan.
Berbeza dengan permainan video lain yang juga menggunakan strategi, catur lebih kepada kemampuan pemain mengerakkan buah catur yang tepat apabila diserang oleh lawan.
Hal inilah yang akan menentukan corak permainan dan keputusan pemain sama ada menang atau kalah.
Kebanyakan orang menganggap catur hanyalah sekadar permainan biasa yang hanya mengerakkan buah catur di atas papan catur.
Namun begitu, permainan catur dapat mendatangkan beberapa manfaat jika kita mempelajari dan sering mengasah kemahiran kita dalam bermain catur.
Apakah manfaat yang akan kita peroleh dalam bermain catur?
1. Meningkatkan fokus dalam sesuatu masalah atau perkara yang ingin diselesaikan.
Dalam alam catur, kita perlu mempertimbangkan pelbagai kemungkinan gerakan dan strategi yang tepat mahupun betul dan berusaha untuk membuat keputusan yang matang.
Ini dapat mengingatkan kita untuk lebih fokus dan tumpuan pada tugas atau masalah yang harus diselesaikan.
BACA LAGI: 'Pernah ketuk pintu minta beras', kisah inspirasi pencipta kek RM15,000
Pemain haruslah mempertimbangkan langkah-langkah yang berpotensi dalam mengalahkan lawan ketika bermain catur.
2.Mencipta strategi dan kemampuan merancang.
Bermain catur juga memerlukan calculation yang amat cermat dan strategi yang mantap.
Pemain haruslah mempertimbangkan langkah-langkah yang berpotensi dalam mengalahkan lawan, membuat keputusan yang tepat dan berusaha untuk mematikan gerakan lawan.
Ini dapat mempertajam kemampuan merancang strategi kita yang dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian.
3. Meningkatkan tahap IQ
Bermain catur dikatakan memiliki hubungan yang berkait rapat dengan peningkatan IQ, terutama secara logik dan visual.
Ini dapat mempengaruhi kemampuan pemain untuk memecahkan masalah, memahami arahan dan mengingat apa-apa maklumat yang diberikan.
Bermain catur mampu meningkatkan tahap IQ seseorang. — Gambar hiasan
4. Meningkatkan daya ingatan
Bermain catur memerlukan daya ingatan yang kuat terutama dalam mengingati langkah yang pernah dimainkan sebelumnya bagi mengelakkan kesalahan mahupun ‘blunder’ yang telah dilakukan dalam permainan sebelumnya.
Ini dapat membantu pemain mengembangkan daya ingatan dengan kuat yang berkemungkinan boleh digunakan dalam kehidupan.
5. Mengembangkan pemikiran kreatif
Permainan catur memerlukan pemikiran kreatif untuk membayangkan kemungkinan yang akan dimainkan oleh lawan dan langkah seterusnya setelah lawan kita menggerakkan buah caturnya serta mengembangkan strategi yang berbeza dalam bermain catur.
Ini dapat mempengaruhi tingkat kreativiti pemain yang dapat bermanfaat dalam mengambil keputusan dan memecahkan masalah di kehidupan sehari-hari.
Oleh itu, jelaslah bahawa permainan catur bukan sekadar permainan semata-mata bahkan sebuah permainan yang dapat memberikan manfaat kepada orang yang bermain catur. — Majoriti
Nurina Husna Rossley merupakan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia.
*Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti*
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram