Masih tercari-cari rentak di Vietnam, Dos Santos akui New Zealand lawan yang sukar


  • Podium
  • Selasa, 08 Okt 2024

Sebahagian sesi latihan Harimau Malaya sebelum berdepan cabaran getir bertemu New Zealand. — Facebook/FAM

PEMAIN tengah Harimau Malaya, Endrick Dos Santos, bersedia menghadapi cabaran getir dalam perlawanan persahabatan menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada 14 Oktober nanti.

Dos Santos dijangka menjadi nadi utama di bahagian tengah menentang pasukan New Zealand yang berada di tangga ke-95 dunia, yang memiliki pertahanan berkualiti seperti Tommy Smith, Michael Boxall, dan Tim Payne.

“Saya gembira mendapat panggilan semula, kali ini menentang lawan yang sukar.

“Saya teruja dengan perlawanan ini kerana ia akan menjadi cabaran hebat dan peluang baik untuk menunjukkan perkembangan kami sebagai pasukan.

“Peranan saya sebagai pemain penggerak pasukan, terutamanya menentang pemain New Zealand yang lebih besar dan kuat, akan menjadi mencabar, kami akan mempunyai sedikit ruang dan masa untuk berfikir. Namun, saya sudah bersedia” kata Dos Santos, yang juga pernah beraksi dalam Kejohanan Merdeka.

BACA LAGI: Syamer Kutty petik Feroz Baharuddin termasuk 3 tonggak Sang Penyu, Selangor, Sabah layak ganti posisi Dion Cools

BACA LAGI: Dion Cools tak dapat turun, ramai risau Chris Wood bermaharajalela ledak gawang Harimau Malaya

WhatsApp Image 2024-10-08 at 10.05.13

Dos Santos (dua kanan) memikul tugas berat untuk mengekang serangan New Zealand. — Facebook/FAM

Selain Endrick, penyerang lain yang dipanggil adalah Arif Aiman Hanapi dari Johor Darul Ta’zim, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid (Terengganu FC), serta kapten Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue.

Dos Santos, yang beraksi di Liga Vietnam buat kali pertama, telah bermain tiga perlawanan setakat ini, menjaringkan satu gol dan memberikan satu bantuan gol.

“Saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang baru, dan mengenali mereka dengan lebih baik.

“Kami memulakan liga dengan menentang pasukan besar dan kami bersaing dengan baik.

“Saya pasti, selepas beberapa perlawanan lagi, prestasi kami akan meningkat,” kata Dos Santos dipinjam dari JDT. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram