Polis cekup 6 warga China terlibat rompakan di 4 negeri


  • 112
  • Isnin, 07 Okt 2024

Hussein berkata tangkapan dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Subang Jaya.

POLIS menangkap beberapa ahli sindiket rompakan yang turut melibatkan enam warganegara China dalam siri serbuan di Kuala Lumpur dan Subang Jaya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan tersebut dilakukan dalam operasi pada 5 dan 6 Oktober.

Pihak polis turut memberkas seorang lelaki warga tempatan dalam serbuan tersebut. Hussein mengatakan yang kumpulan tersebut sudah aktif sejak Januari.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita warga emas cedera diragut ketika keluar beli surat khabar di Bangsar

BACA LAGI: Anjur 'private party' dalam balai, 4 termasuk inspektor dipindahkan keluar dari Selangor serta-merta

"Pihak polis melakukan serbuan di sebuah hotel dekat Kuala Lumpur dan sebuah kondominium di Subang Jaya dan memberkas tujuh suspek. Hasil rompakan digunakan oleh suspek untuk duduk di hotel tiga bintang.

"Kami percaya yang mereka bertanggungjawab terhadap lapan kes di Sabak Bernam, tiga kes di Negeri Sembilan dan satu kes di Perak dan Pahang," kata Hussein.

Hussein mengatakan yang suspek berusia sekitar 30 hingga 40-an dan menyasarkan rumah teres dua tingkat sebagai sasaran rompakan.

Mereka akan merompak rumah tersebut apabila tuannya tiada dan mencuri barangan berharga termasuk yang disimpan dalam peti besi.

Suspek akan menaiki kereta sewa sebelum memecah masuk ke rumah yang disasarkan.

"Suspek warga tempatan bertanggungjawab mencari rumah untuk dirompak dan menjual barang hasil rompakan.

"Enam warga China itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan kami sedang melakukan siasatan lanjut mengenai berapa lama mereka sudah berada di negara ini," ujarnya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram