BEKALAN air di Seberang Perai, Pulau Pinang masih belum pulih melibatkan kira-kira 15 peratus penduduk yang terjejas oleh gangguan air bermula pada Jumaat.
Ketua Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K. Pathmanathan berkata, usaha sedang dijalankan untuk memulihkan bekalan air kepada 17,700 penduduk di Selatan dan Seberang Perai Tengah yang masih mengalami gangguan.