
BAGI penulis bebas yang mahu mencari bantuan bagi menerbitkan karya mereka, terdapat beberapa penerbitan mandiri yang bersedia untuk memenuhi hasrat tersebut.
Salah satu daripadanya adalah kedai buku mandiri, Pakka English, yang diasaskan Raman Krishan.
Penglibatan Raman dalam kancah penerbitan tempatan bermula menerusi syarikat penerbitan, Silverfish Books pada 1999.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Pada waktu itu, matlamat utamanya adalah menyediakan platform untuk rakyat Malaysia menulis dalam bahasa Inggeris.
Selepas lebih tiga dekad, Raman kemudiannya menyediakan perkhidmatan perundingan, penyuntingan dan penerbitan untuk penulis di bawah Pakka English, yang dimulakan pada 2022.
Raman Krishan yang merupakan pemilik kedai buku, Pakka English.
“Memandangkan negara kita adalah cukup pelbagai, terdapat banyak idea dan cerita.
“Kini, saya juga sedang mencari untuk meneroka cerita daripada masyarakat Cina dan Melayu tempatan yang berpotensi untuk ditulis dalam bahasa Inggeris,” katanya.
Raman menambah bahawa penulis muda harus mengutamakan penciptaan cerita berbanding terlalu memberikan fokus terhadap isu teknikal seperti gaya bahasa dan tatabahasa.
“Jika anda mempunyai cerita yang bagus, sama ada dalam bahasa Inggeris, Cina atau Melayu, hantar sahaja kepada kami dan kami akan uruskan selebihnya,” ujar beliau.
Pakka English beroperasi di Lorong Maarof dekat Taman Bangsar, Kuala Lumpur.
Seorang lagi penerbit yang menyokong penulisan tempatan ialah pengasas dan pemilik Tokosue, Suzana Ahmad.
Suzana kini turut menyediakan perkhidmatan penerbitan di bawah Rocky Press, cabang penerbitan Tokosue.
Tokosue merupakan sebuah kedai buku mandiri yang terletak di Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Suzana berkata, mereka sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang ingin menerbitkan sendiri karya masing-masing.
“Kami boleh menasihati mereka mengenai susun atur, penyuntingan dan proses penerbitan.
"Kami juga membantu mereka mempromosi dan menjual buku mereka di Tokosue sebaik sahaja mereka menerbitkannya secara mandiri," katanya.
Suzana kini turut menyediakan perkhidmatan penerbitan di bawah Rocky Press, cabang penerbitan Tokosue.
“Sebagai seorang pengarang, saya faham bahawa proses penerbitan sesuatu naskhah adalah satu perjalanan yang bukan mudah. Jadi kami sentiasa mencuba yang terbaik untuk membantu penulis muda tempatan dan memenuhi keperluan mereka,” katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram