Bekas Menteri Pengangkutan Singapura dijel setahun, didapati bersalah guna kedudukan terima hadiah


  • Benua
  • Khamis, 03 Okt 2024

Hakim menyatakan bahawa kesalahan Iswaran tidak boleh dianggap kecil memandangkan kedudukannya sebagai menteri. — Agensi

BEKAS Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada Khamis.

Hukuman itu dijatuhkan di hadapan keluarga Iswaran, dan lebih 40 orang awam di kamar mahkamah.

Hakim menegaskan bahawa kepercayaan dan keyakinan terhadap institusi awam adalah asas kepada tadbir urus berkesan.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Beliau berkata: "Ini dengan mudah boleh diganggu gugat oleh penjawat awam yang mengamalkan integriti dan akauntabiliti di bawah standard sepatutnya."

Dalam kenyataan hukumannya, Hakim Vincent Hoong berkata, pihaknya mengambil berat terhadap kenyataan Iswaran yang menolak pertuduhan itu dengan menyifatkannya sebagai palsu.

“Dalam surat kepada Perdana Menteri, Iswaran berkata beliau menolak pertuduhan itu dan tidak bersalah, serta percaya beliau akan dibebaskan. Justeru, saya sukar untuk mempercayai bahawa beliau sudah insaf,” katanya.

Semasa Hakim Hoong berucap di mahkamah, Iswaran dilihat hanya menunduk dan mengambil nota.

Hakim menambah: "Semakin tinggi jawatan dipegang oleh pesalah yang terdiri daripada penjawat awam, makin tinggi tahap kesalahannya."

S. Iswaran leaving the High Court on July 5, 2024. - ST FILE

Iswaran mengaku bersalah atas kesemua 35 pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh mahkamah. — Agensi

Beliau berkata, individu yang berada di posisi tersebut sepatutnya meletakkan standard integriti yang tinggi sebagai penjawat awam dan mereka mesti mengelakkan sebarang persepsi bahawa mereka terdedah kepada pengaruh dan manfaat daripada segi kewangan.

Menjawab pertuduhan melibatkan Ong Beng Seng, Hakim Hoong berkata, Iswaran menyalahgunakan kedudukannya dengan mendapatkan hadiah daripada Ong walaupun mengetahui Pengerusi GP Singapura itu mempunyai kaitan rapat dengan tugas rasminya.

Hakim menyatakan bahawa kesalahan Iswaran tidak boleh dianggap kecil memandangkan kedudukannya sebagai menteri.

Hakim berkata, beliau tidak diyakinkan dengan hujah pembelaan bahawa Ong akan menanggung kos penerbangan jet peribadi itu tanpa mengira sama ada Iswaran bersama menemaninya.

Iswaran bertindak dan membuat pertimbangan secara sedar meminta barangan berharga dan mengambil cuti peribadi segera dengan notis empat hari sebelum untuk perjalanan ke Doha, membenarkan dirinya menikmati perjalanan yang dibayar, kata Hakim Hoong.

“Saya tidak dapat menerima bahawa ketiadaan kerugian kewangan kepada pemberi adalah faktor pengurangan. Kerana ia tidak mengurangkan kesalahan pesalah atau mengakibatkan kerosakan kepada keyakinan orang ramai terhadap institusi awam,” katanya.

Hukuman terhadap Iswaran dibuat selepas beliau mengaku bersalah pada 24 September atas empat pertuduhan mendapatkan hadiah barangan berharga sebagai penjawat awam.

Beliau juga mengaku bersalah atas pertuduhan kelima kerana menghalang perjalanan keadilan, kerana membuat pembayaran $5,700 (RM18,555) untuk penerbangan kelas perniagaan yang diambilnya dari Doha ke Singapura pada 2022 atas perbelanjaan Ong.

Iswaran membuat pengakuan tersebut pada hari yang sepatutnya menjadi hari pertama perbicaraannya pada 24 September depan.

Beliau mengaku bersalah atas kesemua 35 pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh mahkamah.

Iswaran mengakui memperoleh barangan berharga bernilai lebih daripada $400,000 (RM1.3 juta) secara keseluruhan daripada Ong dan David Lum Kok Seng yang merupakan pengarah urusan syarikat pembinaan, Lum Chang Holdings.

Beliau juga telah membayar balik lebih daripada $380,000 (RM1.2 juta) kepada Kerajaan Singapura dan barang yang diterimanya turut dirampas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram