Pegawai awam dilarang buat pernyataan termasuk di media sosial — JPA


  • Primer
  • Jumaat, 04 Okt 2024

Peringatan itu turut dinyatakan Shamsul Azri menerusi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024. — JPA

PEGAWAI awam diingatkan supaya tidak membuat sebarang pernyataan yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan termasuk menerusi media sosial melainkan diberi kuasa atau mandat oleh kementerian atau jabatan.

Peringatan itu turut dinyatakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024.

“Jika disabitkan kesalahan dan mengingkari mana-mana peraturan yang sedang berkuat kuasa, tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai awam terlibat,” menurut hantaran dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Jumaat.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Hantaran sama turut berkongsi maklumat menjelaskan bahawa pegawai awam tidak boleh secara lisan atau bertulis membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang sebarang isu, memalukan atau memburukkan nama kerajaan.

Larangan berkaitan perkara berkenaan dinyatakan dalam Peraturan 19(1) dan 19(2) di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Ujarnya, sebarang maklumat lanjut berhubung perkara tersebut boleh merujuk kepada contoh kes dalam Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam melalui pautan https://docs.jpa.gov.my/.../flipbook/Buku-Setitik-Nila-ver2/. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram