Selaras kenaikan gaji, PM Anwar gesa penjawat awam beri khidmat lebih baik kepada rakyat


  • Primer
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Anwar berkata, penjawat awam perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam membangunkan negara.

PENJAWAT awam perlu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, setimpal dengan usaha penyelarasan gaji yang akan diumumkan kerajaan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, sebahagian kaedah dan butiran pelarasan gaji serta beberapa butiran lain akan diumumkan pada bulan ini.

“Walaupun ada suara bangkang yang tidak pernah kenal erti syukur dan tidak pernah menerima realiti, tetapi percayalah, saya akan umumkannya nanti. Sebahagiannya pada Ogos dan selengkapnya seperti yang saya janjikan pada Oktober dalam Belanjawan Negara. Penyelarasan gaji akan dilaksanakan mulai 1 Disember.

BACA LAGI: Beri hadiah, anjur parti untuk VIP boleh pupuk budaya rasuah dalam perkhidmatan awam

BACA LAGI: [VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja

Photo: Bernama

Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa. — fotoBERNAMA

“Apakah skim penjawat awam? Ia merupakan kenaikan gaji tertinggi dalam sejarah negara sejak merdeka, atas dua sebab: pertama, negara membangun tetapi tiada semakan gaji menyeluruh selama 12 tahun, dan kedua, untuk mengiktiraf peranan mereka," jelasnya sambil menambah penjawat awam perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam membangunkan negara.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran program Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani (PPAM) di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram