[VIDEO] Tawar peluang kedua, Steven Sim bantu pelajar kurang cemerlang SPM sambung belajar ILP Perai


  • Primer
  • Isnin, 30 Sep 2024

Steven (kanan) yang menyerahkan surat tawaran melanjutkan pelajaran di ILP Perai, Pulau Pinang kepada Divaniss (kiri). — Facebook/Steven

TINDAKAN Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong membantu seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran menyentuh hati ramai.

Menerusi video dimuat naik di media sosialnya pada Ahad, Steven membantu pelajar lelaki bernama Divaniss Sivasorian untuk belajar di Institut Latihan Perindustrian Perai, Pulau Pinang.

Menurutnya, peluang kedua itu diberikan selepas Divaniss tidak berjaya menerima sebarang tawaran ke institut pengajian tinggi (IPT) disebabkan keputusan SPM yang tidak memuaskan.

BACA LAGI: Bukan tiru stail semata-mata, dunia rock bantu pemuda OKU asal Taiping faham erti hidup sebenar

BACA LAGI: [VIDEO] ADUN Pelabuhan Klang lepas geram, nak dekat setahun masalah jalan berlubang kini sudah jadi takungan air

Namun, melihat kepada kesungguhan Divaniss untuk terus menimba ilmu, Steven memutuskan untuk memberi pertolongan bukan sahaja tawaran pengajian malah menanggung yuran kemasukan ke ILP Perai.

"Dia akan belajar Sijil Teknologi Komputer, yuran saya cover. Yang penting adalah Divaniss kena belajar betul-betul.

"Divaniss jangan bazir peluang kedua ini, belajar rajin-rajin, kejar cita-cita nak jadi jurutera perisian (software engineer) dan lepas ni jaga mak ayah yang sudah banyak berkorban demi keluarga.

"Kamu satu-satunya harapan keluarga," katanya ketika menyerahkan surat tawaran belajar di rumah Divaniss di Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam video sama, kelihatan ibu dan ayah Divaniss mengalirkan air mata gembira dan terharu dengan usaha Steven yang sanggup membantu keluarganya itu.

Steven pada masa sama menyarankan kepada ibu bapa agar memberi peluang kepada anak-anak untuk meneroka bidang Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) yang kini sedang diperluaskan di Malaysia.

Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) juga membangunkan sistem UP_TVET sebagai pemudahcara untuk para pelajar lepasan SPM membuat permohonan ke mana-mana institut TVET awam.

"Kalau ada anak-anak yang tak dapat masuk universiti kerana keputusan SPM tidak memuaskan, boleh teroka peluang pendidikan TVET," katanya.

Usaha tersebut turut membuatkan warganet terharu lebih-lebih lagi apabila melihat keadaan Divaniss sekeluarga.

"Masuk habuk pula mata saya, terima kasih Steven Sim," komen @RaviChander0670.

"Semoga perjalanan adik Divaniss untuk menuntut ilmu dipermudahkan dapat mencapai cita-citanya, buatkan kami bangga," kata @haizascsr.

"Steven Sim buat lagi. Semoga terus memakmurkan rakyat, terima kasih keprihatinanmu aspirasi buat kami," ucap @irdially. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram