[VIDEO] Adun Duyong jerkah kontraktor datang mesyuarat lambat lebih 1 jam


  • Tular
  • Jumaat, 12 Mei 2023

Tangkap layar video dikongsikan Mohd Noor Helmy yang menunjukkan tindakan beliau memarahi kontraktor terbabit yang tiba lewat ketika mesyuarat diadakan.

TINDAKAN seorang kontraktor lewat menghadiri mesyuarat, iaitu satu jam setengah selepas waktu ditetapkan menimbulkan kemarahan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Melaka.

Video insiden tersebut dikongsikan sendiri Adun Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang memaparkan dirinya sedang menegur dengan nada keras sikap individu terbabit.

Difahamkan, pertemuan itu dibuat bagi membincangkan mengenai beberapa masalah timbul berhubung penyelenggaraan kawasan di bawah Adun berkenaan.

"Ini urusan rasmi kerajaan bang. Aku datang panggil korang (kamu) semua ni masalah rakyat yang aku dah tahan berulang-ulang.

"Ini bukan masalah Adun Duyong tau, ini masalah orang Duyong. Takkan kejap-kejap nak WhatsApp beritahu baiki ini, potong rumput ini," kata beliau menerusi video dikongsikan di Tiktoknya pada Khamis.

@mnhelmy ada masa boleh main² ada masa perlu serious #DUYONGkita #ybMatDuyong #melaka #tanggungjawab #kerja #rumput #fyp #trendingvideo ♬ original sound - Mohd. Noor Helmy

Difahamkan mesyuarat tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi, namun kontraktor terbabit hanya tiba pada pukul 10 pagi.

Menurut, Mohd Noor Helmy, tugasan yang diberikan tidak seharusnya diambil ringan oleh pihak kontraktor terbabit.

"Masing-masing buat kerja untuk rakyat. Korang ada tanggungjawab, aku ada tanggungjawab. Kita selesaikan hari ini," ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata warganet melahirkan memuji sikap tegas yang ditunjukkan oleh Mohd Noor Helmy itu.

"Bila tegas macam ni..mesti banyak tak suka..apa-apapun tahniah YB menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik," tulis LM motorsports.

"Aku tak pasti ni Adun parti mana, tapi orang Duyong beruntung dapat orang macam ni," ujar khir.GGMU.

"YB macam ni patut dikekalkan. Tunai tanggungjawab kepada rakyat," kata ahmadsaifuddin151. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram