[VIDEO] Imam masjid di Turkiye tenang teruskan solat walau pemuda misteri berulang kali hempuk kerusi


  • Benua
  • Ahad, 29 Sep 2024

Tangkap layar seorang lelaki menyerang imam dengan kerusi plastik di Turkiye baru-baru ini.

TIDAK pasti apa yang ‘merasuk’ seorang lelaki apabila secara tiba-tiba menghampiri jemaah yang sedang menunaikan solat dan menyerang imam dengan kerusi plastik baru-baru ini.

Dalam kejadian yang didakwa berlaku di Turkiye, video tular berdurasi 34 saat sejak Sabtu memaparkan lelaki berkenaan memukul kepala imam berkali-kali dengan kerusi berkenaan sehingga solat jemaah itu terpaksa dihentikan bagi menenangkan individu terbabit.

Jemaah yang menyaksikan kejadian berkenaan menghampiri dan menghentikan penyerang tersebut sebelum solat selesai, selain peristiwa itu turut dirakam kamera keselamatan masjid terbabit.

BACA LAGI: Tentera Israel dakwa Ketua Hizbullah terbunuh dalam serangan udara di Beirut

BACA LAGI: GISBH tak pernah bayar zakat — LZS

Bukan hanya menenangkan individu terbabit, sebahagian jemaah juga memilih untuk bertindak agresif apabila ada yang menyerang lelaki berkenaan dengan barang di sekeliling seperti kipas.

Terkejut dengan reaksi daripada jemaah yang ada, lelaki berkenaan terus melarikan diri dari kawasan kejadian namun orang awam di sekeliling masih sempat mengejarnya.

Berikutan kejadian berkenaan, jemaah melaporkannya kepada pihak polis dan menyerahkan pelaku tersebut bagi menyiasat lebih lanjut punca tindakan itu.

Walaupun identiti penyerang masih belum dapat dipastikan namun punca serangan tidak diketahui dan imam itu mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram