[VIDEO] Terkejut nampak ular sawa melingkar bawah meja, lelaki nasihat pelanggan awasi anak ketika mendobi


  • Tular
  • Ahad, 29 Sep 2024

Tangkap layar video memaparkan seekor ular sawa yang melingkar di bawah meja di sebuah dobi layan diri baru-baru ini.

SEORANG pelanggan terkejut apabila menemukan seekor ular sawa yang sedang nyenyak tidur di bawah meja ketika mencuci baju di sebuah dobi layan diri baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik di TikTok @faizal_9212, ular tersebut ditemukan di sebuah meja yang disediakan untuk pelanggan berehat sambil menunggu pakaian.

Ketika dirakam, ular yang dipercayai bersaiz kecil tidak bergerak dan hanya melingkar di batang besi meja tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih', Karnival Sukan Rakyat Desa Melor jadi contoh pupuk ukhwah sesama penduduk

BACA LAGI: 'Banyak je cara menyimpan, boleh guna konsep 6-2-1-1', perunding kewangan nasihat anak muda elak berhutang semata mahu ikut trend

Pengguna tersebut bagaimanapun memuat naik video terbabit untuk memberi kesedaran dan pesanan kepada orang ramai terutamanya ibu bapa sebagai langkah berjaga-jaga.

"Yang pergi dobi itu hati-hati sebab kadang-kadang kita tak nampak ada apa di bawah meja," katanya.

Perkara itu sekali gus membuatkan rata-rata warganet lebih berhati-hati terutamanya apabila membawa anak kecil.

"Lepas ini jangan pelik kenapa orang datang ke dobi meninjau bawah meja dulu, jadi overthinking lepas ini," komen @Mrs.Ain.

"Bukan kat kedai dobi saja mana-mana kedai sahaja yang ada meja begini kena hati-hati," pesan @user58077772647032.

Kejadian itu bagaimanapun bukan pertama kali dan pernah berlaku sejak 2022 di beberapa lokasi lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram