JALAN sepanjang Jalan Peh Kee Koh di Jalan Pasar Pinji akan ditutup bermula Isnin (30 September) untuk projek saliran bawah tanah yang dijangka mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk disiapkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasar Pinji, Goh See Hua berkata, projek itu bertujuan untuk menangani masalah longkang tersumbat di kawasan itu yang menjadi isu berbangkit sejak lapan hingga 10 tahun lalu.