Bantu ubah nasib keluarga luar bandar, trio gadis Kolej Vokasional Keningau terima pengiktirafan antarabangsa


  • Massa
  • Ahad, 29 Sep 2024

Dari kiri, Nur Qamariah, Ara Billa Biton dan Avyda Tang Pei Chin berharap 'First 2 Fix' akan membawa sokongan yang sangat diperlukan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

BERMULA sebagai projek sekolah biasa sahaja namun siapa sangka ia bertukar menjadi satu pencapaian cemerlang bagi tiga remaja perempuan Kolej Vokasional Keningau di Sabah.

Penyelidikan mereka tentang kerosakan struktur di rumah luar bandar bukan sahaja mendapat pengiktirafan dalam jurnal antarabangsa tetapi juga membuka jalan untuk membantu komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan sepatutnya.

Nur Qamariah, Ara Billa Biton, dan Avyda Tang Pei Chin, kesemuanya berusia 18 tahun mempunyai visi untuk membuat perubahan, dan mereka membuktikan bahawa tiga idea lebih baik daripada satu.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu lori selamba hisap rokok lepas jadi punca kemalangan maut di Nilai sah positif dadah

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

Jurnal akademik mereka, yang diterbitkan pada 23 September dalam jurnal akademik bertajuk International Journal of Multidisciplinary: Applied Business and Education Research membentuk khidmat sosial yang mereka namakan First 2 Fix, bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pembaikan rumah kepada keluarga luar bandar.

Penyelidikan ini dijalankan semasa lawatan kerja lapangan mereka ke sebuah rumah kayu usang yang telah mereka pilih untuk dibaiki dan dipulihkan sebagai projek khidmat masyarakat mereka.

"Sebelum kami boleh memulakan kerja pemulihan, kami perlu menilai tahap kerosakan. Kami menjalankan penilaian kerosakan terperinci, mengenal pasti punca utama, dan mengutamakan pembaikan yang paling mendesak," kata Nur Qamariah.

Mereka bermula dengan menulis kertas cadangan untuk penyelidikan tersebut sebelum membangunkan instrumen penilaian berdasarkan keadaan rumah yang telah mereka pilih untuk dilawati.

"Kami mula-mula menulis cadangan, kemudian membangunkan instrumen penilaian berdasarkan keadaan rumah, dan akhirnya menganalisis dapatan daripada penilaian kami," tambahnya.

keningauuuu

Pencapaian mereka membuktikan hasil penyelidikan pelajar Kolej Vokasional Keningau mampu mengubah kehidupan masyarakat.

Penyelidikan itu diselia oleh empat guru berdedikasi iaitu Jovinia Danil, Dayang Amidah Amin, Dayang Siti Khatijah, dan Dr Sirhajwan Idek, yang membantu membimbing pelajar melalui proses penyelidikan dan penulisan.

Pencapaian ini bukan sahaja kejayaan peribadi pelajar tetapi juga detik membanggakan kolej vokasional tersebut.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin Akup memuji usaha gigih para pelajar.

"Adalah penting untuk melengkapkan pelajar kami dengan kemahiran penyelidikan dan penulisan. Pencapaian seperti ini akan meningkatkan kelayakan mereka, sama ada dalam perniagaan, pasaran buruh atau akademik," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi ketiga-tiga remaja itu, pengalaman itu telah berubah mereka, apabila ia hanya bermula sebagai inisiatif untuk memudahkan masyarakat namun berkembang dan memberi kesan positif kepada dunia sebenar.

Melalui First 2 Fix, ketiga-tiga mereka berhasrat untuk membuat sumbangan yang berkekalan dengan menangani keperluan pembaikan rumah masyarakat luar bandar. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram