GISB: Reman 7 individu dilanjutkan, siasatan Bukit Aman diperluas ke Sabah dan Sarawak


  • 112
  • Khamis, 26 Sep 2024

Kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 12 Atipsom 2007.

TUJUH individu yang ditahan berhubung siasatan membabitkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) telah disambung reman selama lima hari, kata Tan Sri Razarudin Husain.

Ketua Polis Negara berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

"Reman mereka dilanjutkan selama lima hari bermula 27 September sehingga 1 Oktober depan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Razarudin mengulas mengenai perkembangan berkaitan dengan GISBH. -Gambar fail

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Razarudin berkata, berkata polis turut menerima 10 laporan berhubung kesalahan kerja paksa melibatkan pekerja GISB.

“Kami menggesa ahli dan pengikut GISB tampil membuat laporan polis bagi membantu menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pertubuhan itu.

"Kami prihatin terhadap kesejahteraan mereka kerana struktur GISB telah runtuh dan ahli tidak mempunyai tempat untuk mendapat perlindungan atau tempat tinggal.

“Kami menggesa mereka tampil supaya bantuan sewajarnya dapat diberikan terutama kepada kanak-kanak,” katanya.

Setakat ini, lebih 300 individu ditahan dalam siasatan selepas 20 rumah jagaan yang dikaitkan dengan GISB diserbu sejak 11 September lalu.

Polis turut menyelamatkan 572 kanak-kanak dalam operasi yang dikenali sebagai Ops Global.

Setakat ini, lebih 300 individu ditahan dalam siasatan selepas 20 rumah jagaan yang dikaitkan dengan GISB diserbu sejak 11 September lalu.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, Bukit Aman turut mencadangkan agar agensi berkaitan supaya menjalankan siasatan di bangunan yang dikaitkan dengan GISB di Sabah dan Sarawak sebelum menutup premis berkenaan.

Katanya, polis turut mengadakan pertemuan dengan agensi terlibat dalam siasatan ke atas GISB untuk meneliti status operasi semasa premis yang dikaitkan dengan organisasi itu di kedua-dua negeri terbabit.

Mesyuarat itu melibatkan wakil daripada pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Mesyuarat itu membuat kesimpulan bahawa beberapa premis yang dikaitkan dengan GISB di Sabah dan Sarawak sudah tidak beroperasi.

Susulan daripada itu, Razarudin berkata, pihaknya mengesyorkan supaya agensi berkaitan melakukan siasatan dan menutup premis terbabit.

Di Sabah, usaha terbabit akan dilaksanakan di bawah Enakmen Jenayah dan Kesalahan Syariah dan Seksyen 16A Akta Rumah Jagaan 1993.

Di Sarawak, ia akan dijalankan di bawah Seksyen 44 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Seksyen 16 Akta Pusat Asuhan 1993.

Razarudin berkata, polis akan memberikan bantuan sepenuhnya kepada agensi yang terlibat dalam tindakan bakal dilakukan itu.

2923886

Polis juga menganggarkan GISB mempunyai anggota berjumlah kira-kira 10,000 orang.

Katanya, walaupun premis itu tidak beroperasi, polis akan tetap memantau mereka bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dapat dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan.

Dalam serbuan Ops Global yang dijalankan pada Sabtu 21 September lalu, Razarudin berkata sebanyak 138 akaun bank mengandungi dana bernilai RM882,795 milik GISB telah dibekukan.

Beliau berkata, sekretariatnya bagi bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) melakukan tindakan itu di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Menurutnya, serbuan yang dilakukan pada Sabtu menyaksikan terdapat premis kosong, di mana anggota GISB dipercayai sudah melarikan diri.

Sebanyak 35 kertas siasatan telah dibuka sejak 11 September lalu.

Polis juga menganggarkan GISB mempunyai anggota berjumlah kira-kira 10,000 orang. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram