SEBUT sahaja mengenai rumah flat kos rendah, rata-rata daripada kita pastinya sering kali terbayangkan suasana persekitaran kurang selesa yang sudah menjadi seakan-akan sebahagian daripada imej perumahan berkenaan.
Malah, di media sosial, kerap kali muncu perbincangan hangat kurang menyenangkan mengenai kawasan tersebut.
Bagaimanapun, sekumpulan penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Flat Lembah Subang 1, Petaling Jaya, Selangor dilihat tampil cuba untuk mengubah perspektif.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Ia selepas tular video memaparkan transformasi dilakukan penghuni tingkat enam blok D bangunan perumahan tersebut yang mengubah suai dan menghias bahagian koridor, tangga dan lif bangunan tersebut.
Langkah tersebut ternyata membawa perubahan yang cukup ketara daripada kawasan yang kelihatan usang kepada tempat yang seakan-akan setaraf lobi hotel.
Keadaan lobi di tingkat 10 banguna terbabit sebelum diubah suai. — hanakamie
Mana tidaknya, dengan transformasi yang dibuat, tingkat tersebut kini dihiasi dengan lantai mozek berwarna hitam dengan motif garisan putih, lampu hiasan, kipas angin dan dinding yang dicat dengan warna baharu dan bersih.
Video mengenai perkara tersebut tular selepas dikongsikan oleh akaun TikTok hanakamie, baru-baru ini.
"MasyaALLAH, PPR seram terus jadi kondo," ujar tulisan pada video perkongsian tersebut.
Difahamkan, inisiatif menghias itu dilakukan penduduk itu merupakan sebahagian daripada pertandingan kebersihan dan kecerriaan anjuran thinkcity dan K2K yang bermula dari 24 Ogos hingga 17 November depan.
Kos bagi mengubah suai tersebut juga dilaporkan ditanggung secara bersama oleh penghuni di tingkat enam blok D bangunan terbabit.
Dengan transformasi yang dibuat, tingkat tersebut kini dihiasi dengan lantai mozek berwarna hitam dengan motif garisan putih, lampu hiasan, kipas angin dan dinding yang dicat dengan warna baharu dan bersih. — hanakamie
Dalam pada itu, inisiatif digerakkan kumpulan penduduk terbabit mendapat reaksi positif daripada warganet yang memuji kebersamaan mereka dalam merealisasikan transformasi berkenaan.
"Bagus betul masing-masing beri kerjasama," tulis NurQeeyJufri.
"Mentaliti begini bagus dikembangkan. Sepakat membawa berkat," kata Vasrl Kreef.
"Macam nilah baru betul. Kita ubah persepsi negatif tentang kediaman. Kalau bukan kita, nak harapkan dekat siapa lagi," tulis hayatiyatihanna_mrodi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram