[VIDEO] Putus cinta punca lelaki asing jalan berbogel di Permas Jaya - Polis


  • 112
  • Ahad, 21 Jan 2024

Tangkap layar video tular memaparkan tindakan lelaki tersebut yang cuba melintas jalan dalam keadaan berbogel.

GARA-gara tidak mampu menerima kenyataan ditinggalkan kekasih, seorang lelaki warga asing nekad berbogel di tempat awam dalam kejadian di Permas Jaya, Johor Bahru, Johor, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung insiden tersebut daripada seorang pekerja hotel berusia 26 tahun yang berada di lokasi.

“Wanita itu menyaksikan suspek dalam keadaan berbogel di tempat awam.

“Hasil siasatan mendapati punca suspek bertindak sedemikian kerana tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan oleh teman wanitanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

BACA LAGI: Ditemukan berbogel, pasangan kekasih ditahan disyaki kurung dan dera budak dalam bilik air

BACA LAGI: Tunggang motor berbogel selepas sembelih isteri, bayi di Bakar Batu

Raub berkata, siasatan awal turut mendapati suspek tidak mempunyai masalah berkaitan kesihatan mental.

Ujarnya, kes disiasat dibawah seksyen 509 kanun keseksaan.

Sebelum itu, video mengenai kejadian tersebut dimuat naik oleh akaun Facebook Persatuan Polis Komuniti Permas Jaya pada Jumaat.

Menerusi klip berkenaan, seorang lelaki yang berada dalam keadaan bogel dilihat cuba melintas jalan berdekatan sebuah premis kedai.

Bagaimanapun, dua orang awam yang melihat situasi tersebut bertindak menahan lelaki terbabit.

Tidak lama kemudian, kenderaan polis dilihat tiba di lokasi bagi menahan suspek. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram