[VIDEO] Jambatan Balok Makmur jadi fokus isu keselamatan, penduduk suarakan kebimbangan


  • Massa
  • Khamis, 26 Sep 2024

Proton Saga dinaiki pasangan warga emas yang terbabas ke dalam sungai di Jambatan balok Makmur, menyebabkan kedua-dua mangsa maut. — JBPM Pahang

PENDUDUK di sekitar kawasan Balok Makmur dekat Kuantan, Pahang menggesa agar Jambatan Balok Makmur diperbesarkan bagi mengelak tragedi kereta terbabas sehingga meragut nyawa pada Rabu berulang.

Mangsa, Paridah Dollah, 67, maut di tempat kejadian sementara suaminya Abd Aziz Ahmad meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Dalam kejadian tersebut, kereta mangsa jenis Proton Saga tiba-tiba terbabas masuk ke dalam sungai.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sampai kiamat kita sendiri', bapa terkorban nahas pesawat terhempas tidak lemahkan semangat Perajurit Muda Indiran

BACA LAGI: 'Menyerahlah yob', pengganas Al-Maunah minta izin mandi dulu sebelum serah diri

Susulan itu, seorang pengguna media sosial, Mohammed Herwan Bin Zainol berharap agar wakil rakyat di kawasan tersebut memandang serius isu berkenaan memandangkan jambatan itu sudah menjadi laluan utama penduduk setempat.

"Jambatan Balok Makmur ini sudah lama tidak dibesarkan, jalan ini menjadi laluan utama penduduk ulang alik untuk Gebeng Balok ke Seberang Balok.

"Mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Datuk Andansura Rabu? Sudah tiga penggal jawatan wakil rakyat beliau pegang. Tolong cakna dan besarkan jambatan ini," katanya melalui satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna Facebook, Saari Balok pula mendakwa jambatan itu tidak dinaik taraf atas permintaan penduduk Balok Makmur.

"Penduduk tak minta jambatan itu diperbesarkan tetapi penduduk minta dewan orang ramai kalau awak nak tahu. Rasa-rasa, awak pun tahu kalau awak penduduk tetap Balok Makmur," tulisnya.

Dalam pada itu, Majoriti sudah menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat Adun (PKD) Beserah bagi mendapatkan maklum balas Andansura Rabu berhubung isu berkenaan.

Pihaknya memaklumkan akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram