PMO nafi arah SPRM siasat Tun Mahathir, Tun Daim


  • Primer
  • Khamis, 26 Sep 2024

PMO menafikan dakwaan berhubung Anwar mengarahkan SPRM untuk melakukan siasatan terhadap Tun Mahathir dan Tun Daim. — Gambar hiasan/The Star

PEJABAT Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan berhubung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad, anak-anaknya serta Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

PMO juga menafikan bahawa pihaknya mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki supaya tidak menyiasat pembelian saham oleh bekas Setiausaha Politik, Anwar Farhash Wafa Salvador.

"PMO mengesahkan bahawa Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan arahan atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan oleh SPRM, mereka bertindak mengikut aduan yang diterima.

"SPRM yang diketuai oleh Azam membuka siasatan terhadap sekurang-kurangnya untuk tiga musuh Anwar dan keluarga mereka termasuk Mahathir," katanya.

BACA LAGI: Tun M dakwa SPRM masih belum arahkan untuk isytihar harta

BACA LAGI: Peguam dakwa anak Tun Daim dinafikan hak representasi undang-undang ketika disoal siasat SPRM

Untitled design - 5

SPRM melakukan siasatan terhadap Tun Daim (kiri) dan Tun Mahathir (kanan) berdasarkan aduan yang diterima.

Dakwaan itu sebelum ini menyatakan Anwar yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 2022 itu mempunyai sebab untuk membalas dendam terhadap Dr Mahathir kerana dikatakan melakukan penindasan selama beberapa tahun lalu.

Anwar juga didakwa melanjutkan tempoh jawatan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai balasan untuk mengambil tindakan terhadap penentang Anwar.

Tambahnya, siasatan pegawai SPRM pada Mac terhadap kes pembelian saham oleh Farhash Wafa Salvador diarahkan oleh Anwar.

Azam sebelum ini menegaskan agensi tersebut bukan medium bagi mana pihak untuk menjalankan pendakwaan terhadap individu tertentu.

Katanya, SPRM juga sentiasa menjalankan siasatan secara profesional berdasarkan aduan yang diterima.

Terdahulu, Dr Mahathir, dua anaknya serta Tun Daim antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharahan harta di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram