Tasik Berombak banyak kisah misteri, penduduk beri amaran orang luar waspada


  • Massa
  • Selasa, 24 Sep 2024

Tasik Berombak di Terengganu dikatakan mempunyai 'penjaga'.

PENDUDUK tempatan yang tinggal berhampiran Tasik Berombak di Setiu, Terengganu memberi amaran kepada orang luar supaya berwaspada apabila ke tasik air tawar itu.

Mengikut cerita rakyat, kawasan yang terletak di tengah hutan gelam itu dikatakan menjadi sarang roh dan orang bunian.

Beberapa perkampungan nelayan berhampiran ialah Kampung Pengkalan Gelap dan Kampung Fikri.

Menurut Rokiah Che, seorang penduduk yang mengusahakan kedai runcit berhampiran, terdapat seekor harimau yang dikatakan menjaga hutan itu.

“Pada awal 1990-an, kawasan hutan ditebang untuk memberi laluan kepada perladangan dan aktiviti penternakan akua.

BACA LAGI: Tawarkan pengalaman unik dan mengasyikkan antara kunci industri runcit buku mampu kekal relevan

BACA LAGI: 3PBI rangka pelan komprehensif tingkat mutu Bahasa Inggeris di sekolah seluruh negara

“Tidak lama kemudian, khabar angin tersebar mengenai 'semangat harimau' yang menakutkan pekerja pembersihan kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, Nurhusnina Azni, seorang daripada ahli pasukan menjalankan program penanaman pokok di sana pula berkongsi dia diberitahu tentang seekor buaya putih sebagai 'penjaga' hutan itu.

Pasukannya menubuhkan tapak semaian sementara di Kampung Pengkalan Gelap untuk menanam anak pokok gelam di sekitar tasik.

“Waktu saya mula-mula datang ke Tasik Berombak, beberapa penduduk tempatan memberi amaran supaya sentiasa berjaga-jaga.

“Mereka kata buaya akan muncul dan buru saya jika berniat jahat,” katanya.

(mugshot)Rokiah Che says there are tales of a giant cat keeping watch at Tasik Berombak.

Rokiah Che (kiri) dan Rokiah Seman bercerita tentang kisah misteri Tasik Berombak.

Seorang lagi penduduk kampung, Rokiah Seman berkata, legenda mengatakan hanya mereka yang mempunyai hati yang baik boleh memasuki kawasan itu tanpa dicederakan.

"Selagi anda berhati-hati dan tidak menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar, anda tidak perlu takut," ujarnya.

Prof Madya Universiti Malaysia Terengganu Dr Jamilah Mohd Salim berkata, beliau juga pernah mendengar cerita ghaib mengenai kawasan itu.

Beliau pernah melakukan ekspedisi penyelidikan bersama rakan pensyarah dan pelajar untuk mengumpul data di tasik dan hutan berhampiran.

"Di sana terdapat sebuah bukit yang didakwa penduduk tempatan sebagai tapak perkuburan pahlawan dan pembesar terdahulu.

“Atas sebab ini, mereka berkata kawasan itu dihuni oleh orang bunian dan membiarkan tempat itu tidak terusik.

"Apa pun kebenarannya, mungkin yang terbaik adalah menghormati kawasan itu," katanya. — The Star / FARID WAHAB

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram