Realiti amalan sihir dalam masyarakat, 5 filem wajib tonton berkisarkan pengamal ilmu hitam


  • Hiburan
  • Isnin, 13 Feb 2023

Perbuatan amalan sihir dan ilmu hitam perkara yang dilarang dalam Islam.— Gambar hiasan.

TERDAPAT pelbagai genre filem yang menjadi pilihan penonton terutama ketika membuat pilihan tayangan di pawagam. Tidak dinafikan naskhah berbentuk seram antara tersenarai dalam carta.

Sama ada karya tempatan atau antarabangsa, penceritaan sebegini sering menjadi pilihan penonton terutama saat menonton plot yang mampu memicu adrenalin.

Babak di mana makhluk halus itu muncul secara tiba-tiba membuatkan 'jantung' berdegup kencang dan mencetuskan debaran terutama ketika menonoton.

Bagaimanapun, perlu diingatkan melakukan sebarang ucapaca pemujaan atau terlibat dengan kepercayaan karut mampu merosakkan akidah dan bertentangan dengan agama Islam.

Berikut antara lima filem tempatan yang memaparkan plot penceritaan tentang kesengsaraan mangsa akibat menjadi mangsa perbuatan ilmu hitam.

Filem: Munafik 2

Tahun: 2018

majoriti2023 (30)

Diarahkan oleh pengarah popular, Syamsul Yusof, filem ini merupakan karya sambungan bagi kesinambungan kepada Munafik 1 yang ditayangkan pada 2016.

Dalam trilogi kedua ini, Munafik memaparkan tentang bagaimana perbuatan sihir memberi kesan kepada mangsa sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Pelbagai kejadian aneh berlaku ke atas mangsa termasuk penampakan lembaga hitam yang menghantui pada setiap hari-hari mereka.

Tanpa sedar peristiwa mistik yang dialami oleh Ustaz Adam sebenarnya dilakukan oleh salah seorang kenalan rapat dia sendiri kerana cemburu.

Filem ini diterbitkan oleh Skop Productions dan President Productions selain mendapat kutipan sebanyak RM48 juta.

Selain dilakonkan Syamsul sendiri, filem ini turut membariskan Maya Karin, Fizz Fairuz, Nasir Bilal Khan, Mawi, Fauzi Nawawi, Datuk Rahim Razali, Namron dan Ku Faridah.

Filem: Minyak Dagu

Tahun: 2013

majoriti2023 (33)

Minyak dagu adalah sejenis minyak sihir yang menggunakan anggota badan manusia yang sudah mati khususnya dagu. Sihir ini dikatakan mampu menjadi penarik dan pemikat pasangan.

Perkara sama yang berlaku dalam filem Minyak Dagu lakonan Fezrul Khan, Yana Samsudin, Fizo Omar, Maimon Mutalib, Kartina Aziz dan Latiff Borgiba.

Filem ini menceritakan tentang Azman yang berdendam dengan Emelda kerana dikatakan memutuskan pertunangan selepas bertemu Johan.

Disebabkan rasa tidak puas hati, Azman nekad membalas dendam ke atas kedua-dua mereka dan menggunakan minyak dagu.

Filem: Musyrik

Tahun: 2022

majoriti2023 (31)

Selalunya dendam, rasa tidak puas hati atau dengki antara punca berlakunya perbuatan sihir. Perkara begitu yang menjadi penyebab kepada mereka terlibat dengan perbuatan bertentangan dengan agama.

Perasaan itu juga yang menjadi teras kepada filem Musyrik lakonan Aeril Zafrel, Qaseh Shuhada, Ruhainies dan Aishah Ilias.

Menceritakan tentang rumah tangga Aril mula menjadi porak-peranda setelah perniagaannya bermasalah.

Filem: Sihir Pemisah

Tahun: 2021

majoriti2023 (34)

Filem yang disiarkan di saluran Citra Exclusive membariskan pelakon antaranya Beto Kusyairy, Fasha Sandha, Sri Idrina, Shahidan Izwan, Eddy Effrimz, Zack Zabhas, Shamer Rashid dan Shah Kimin.

Diarahkan oleh Osman Ali filem ini mengisarkan tentang pasangan suami isteri, Musyid dan Aryani yang bermasalah disebabkan oleh sifat hasad dengki.

Oleh kerana cemburu, individu tidak bertanggungjawab itu nekad menggunakan ilmu hitam untuk meruntuhkan rumah tangga mereka.

Filem: Santau

Tahun: 2009

majoriti2023 (32)

Diarahkan oleh Azhari Zain, Santau dibintangi oleh Esma Daniel, Putri Mardiana, Riezman Khuzaimi, Zul Handy Black dan Lisdawati.

Kejayaan dan kebahagiaan yang dikecapi keluarga Halim dan Nina dicemburui sehingga menyebabkan mereka menjadi mangsa ilmu hitam.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram