Tak sempat baiki treler rosak, 3 lelaki maut dirempuh pikap di Kuala Lipis


  • 112
  • Isnin, 23 Sep 2024

Tiga lelaki maut manakala dua cedera dirempuh trak pikap ketika sedang membaiki treler rosak dalam kejadian di Jalan Merapoh-Kuala Lipis. — Bomba Kuala Lipis

TIGA lelaki maut dirempuh oleh sebuah kenderaan pikap ketika sedang membaiki treler rosak dalam kejadian di Jalan Merapoh-Kuala Lipis dekat Lipis, Pahang pada awal pagi Isnin.

Menerusi kenyataan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 2.44 pagi sebelum sembilan anggota bomba dikerah ke tempat kejadian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata, pemandu dan penumpang trak pikap jenis Toyota Hilux itu terselamat tanpa kecederaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu mati tertimbus, lori tangki simen terbabas jatuh gaung 10 meter di Lahad Datu

BACA LAGI: [VIDEO] Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai RM12.8 juta dalam 2 serbuan berasingan di Johor

isi dalam 123

Pasukan bomba dan penyelamat ketika menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terbabit dalam nahas kemalangan di Jalan Merapoh - Kuala Lipis pada Isnin. — Bomba Kuala Lipis

“Tiga lelaki yang sedang membaiki treler rosak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi cedera.

“Pemandu pikap Toyota Hilux dan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa yang cedera dirawat oleh pasukan perubatan manakala mayat tiga lelaki diserahkan kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram