Rimba Raid 2024 'hijrah' ke Lenggong, guna trek baharu lepas 8 tahun di Kuala Tahan


  • Massa
  • Ahad, 22 Sep 2024

Perlumbaan motosikal lasak Rimba Raid diadakan di Lenggong, Perak dari 24 hingga 29 September 2024.

KIRA-KIRA 200 peserta dari 21 negara akan turun ke Lenggong, Perak untuk perlumbaan motosikal dari 24 hingga 29 September 2024.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, Rimba Raid Lenggong Geopark 2024 akan menyaksikan penyertaan pelumba dari pelbagai negara termasuk Thailand, Ireland, Indonesia, Itali, Australia, Tunisia, dan Amerika Syarikat.

“Perlumbaan acara sukan permotoran lasak, sama macam MotoGP, diadakan di Lenggong buat kali pertama.

BACA LAGI: Tawarkan pengalaman unik dan mengasyikkan antara kunci industri runcit buku mampu kekal relevan

BACA LAGI: 3PBI rangka pelan komprehensif tingkat mutu Bahasa Inggeris di sekolah seluruh negara

“Rimba Raid sebelum ini diadakan di Kuala Tahan, Pahang selama lapan tahun,” katanya.

Menurutnya, para peserta pasti membawa pulang gambar Lenggong dan ini akan memberikan acara tersebut pengiktirafan di peringkat global.

“Acara ini secara tidak langsung membantu melonjakkan ekonomi penduduk tempatan, semestinya ada permintaan untuk makanan, minuman dan penginapan sepanjang acara berlangsung.

"Saya menggesa peniaga tempatan untuk rebut peluang sebaiknya bagi menambah pendapatan mereka dalam tempoh itu kerana jumlah pengunjung yang tinggi," tambahnya.

Sementara tu, pengasas Rimba Raid, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, penganjuran perlumbaan kali ini menampilkan trek baharu menggunakan laluan pembalakan yang ditinggalkan sejak 20 tahun lalu.

“Terdapat peraturan ketat untuk perlumbaan bagi mengelakkan kesan alam sekitar dan kerosakan hutan," kata Huzlan.

“Akan berlangsung sebelum perlumbaan sebenar di trek sepanjang 300km.

“Bagi tujuan keselamatan, setiap penunggang akan dilengkapi gajet komunikasi satelit untuk tindak balas kecemasan segera jika diperlukan.

“Ciri ini penting untuk mengesan lokasi penunggang di dalam hutan,” ujarnya. — The Star / ANNABELLE LAWRENCE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram