KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan berhubung pegawai kanan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melindungi syarikat Global Ikhwan Services and Business (GISBH) adalah tidak benar dan berniat jahat.
Razaruddin menyifatkan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat jahat yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab menggunakan akaun palsu.
"Kita tahu ini adalah akaun palsu yang mencipta fitnah berkenaan, dan dakwaan melibatkan pegawai polis dengan GISBH adalah tidak benar,” katanya.
BACA LAGI: 29 individu dikaitkan GISBH direman 7 hari di Mahkamah Shah Alam
BACA LAGI: Isteri kedua CEO GISBH antara 30 kena 'angkut' dalam serbuan di Kelantan
Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok, menuduh beberapa pegawai polis kanan melindungi dan menerima wang daripada syarikat terbabit untuk kepentingan peribadi.
Pada 11 September, polis melancarkan Op Global, yang menyaksikan serbuan dijalankan ke atas 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB.
Syarikat tersebut didakwa terlibat dalam aktiviti eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.
Fasa keempat operasi yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia bermula pada Sabtu (21 September), telah menemukan beberapa risalah yang mengandungi elemen yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam serta barang-barang khurafat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram