SATU kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Brinchang dekat Cameron Highlands, Pahang pada Sabtu.
Ketua Polis Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli bagaimanapun melaporkan tiada kematian dilaporkan dalam kejadian itu.
Beberapa keping foto dan video tular di media sosial memaparkan beberapa batang pokok tercabut di sebatang jalan berhampiran Agro Market.
BACA LAGI: Elak tanah runtuh berulang di Setapak, DBKL pasang cerucuk besi
BACA LAGI: Tanah runtuh di Setapak, 52 penduduk diarah pindah
Pihak bomba bertindak membersihkan jalan bagi mengawal keadaan lalu lintas. — Facebook/Ho Chi Yang
Perkara itu turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Chi Yang di laman Facebook peribadinya dengan mengatakan kejadian berlaku di Jalan Besar Brinchang-Kea Farm pada kira-kira pukul 11 pagi.
Menurutnya, sebuah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan mengalami kerosakan selepas tiang elektrik jatuh menimpanya.
"Tanah runtuh kecil berlaku di Jalan Besar Brinchang-Kea Farm pada lebih kurang 11 pagi hari ini (Sabtu). Nasib baik tiada sebarang kecederaan dilaporkan," tulisnya.
Dia turut berterima kasih kepada Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands, Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis serta agensi lain yang terlibat dalam memastikan keselamatan penduduk dan pelancong. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram