Elak tanah runtuh berulang di Setapak, DBKL pasang cerucuk besi


  • Primer
  • Isnin, 02 Sep 2024

Puluhan cerucuk besi di tapak tanah runtuh akan dipasang minggu ini.

CERUCUK besi akan dipasang untuk menstabilkan tembok dinding yang runtuh di Taman Bunga Raya di Setapak, Kuala Lumpur.

Ahli Lembaga Penasihat Kuala Lumpur Andre Lai berkata kepingan cerucuk yang berada di tepi tembok runtuh itu akan dipasang minggu ini.

"Ini merupakan langkah sementara untuk mengukuhkan dinding," katanya.

BACA LAGI: MBDK nafi Taman Kucing Klang terbiar, kes 6 ekor mati sebenarnya palsu

BACA LAGI: [VIDEO] Aktif seks bebas sejak sekolah, bekas bintang Liga Super 'kaki' kelab kini hidap HIV

Sebahagian cerun 40 meter (m) telah runtuh ke Jalan Genting Klang berikutan hujan lebat selama dua jam pada 23 Ogos.

Meskipun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan, 52 orang penduduk dari 17 rumah yang terletak sepanjang Lorong Malinja 5 dan Lorong Malinja 6 diarahkan berpindah.

Sebahagian daripada penduduk sudah berpindah masuk semula berikutan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa, kecuali mereka dari tiga rumah yang terletak betul-betul di atas tempat kejadian tanah runtuh.

Kata Lai, berikutan dengan insiden tanah runtuh, air daripada longkang di dalam dinding telah dialihkan untuk mengelakkan hakisan tanah.

457209413_8375618025790964_2405749017596061799_n

Ahli Lembaga Penasihat Kuala Lumpur Andre Lai — Facebook/Andre Lai

"Ada dua lapisan pada dinding.

"Dinding dalam ialah dinding asal berhampiran rumah tempat kediaman terletak, manakala lapisan luar dibina sedekad lalu untuk mengukuhkannya.

"Bagaimanapun, lapisan luar dinding itu telah retak sebelum tanah runtuh," katanya.

Buat masa ini, kain tarpaulin menutupi cerun untuk melindungi bahagian yang terdedah.

Sebahagian daripada kepingan seperti pokok buloh masih berada di tapak berkenaan kerana memindahkan ia mungkin menyebabkan pergerakan tanah.

Lai berkata jurutera telah dibawa masuk untuk menilai keadaan.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa memantau cerun dan keretakan di dinding.

"Kita akan melihat jika ada keperluan untuk membina tembok baharu," katanya sambil menanmbah keseluruhan dinding bahagian luar sepatutnya dibina semula. — The Star/JAROD LIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram