PENDEDAHAN pengunjung berhubung keadaan cermin bilik air di sebuah apartmen di Cameron Highlands, Pahang yang mengaibkan sebelum ini sememangnya mengejutkan orang ramai.
Perkara itu pada masa sama menimbulkan kebimbangan terutamanya kepada individu yang berhajat atau sudah membuat tempahan di apartmen tersebut.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sama ketika menginap di unit rumah itu.
Dinding gelas bilik air di beberapa hotel di Cameron Highlands, Pahang didakwa tidak selamat untuk pengunjung. — Twitter
Namun, lebih merisaukan apabila keadaan sedemikian tanpa sedar sebenarnya berlaku di kawasan lain.
Malah, ada yang mendedahkan bahawa terdapat apartmen atau hotel di kawasan lain seperti di Ipoh, Perak, Genting Highlands, Pahang dan Kuching, Sarawak yang menggunakan reka bentuk bilik air yang sama.
Bagaimanapun, tiada gambaran dan lokasi spesifik yang didedahkan kepada umum berkemungkinan untuk menjaga imej pihak pengurusan tersebut.
Dalam pada itu, ramai juga berkongsi cadangan tentang langkah yang sepatutnya dilakukan oleh pengunjung sebelum menyewa sebuah inap desa.
Seorang pengguna Facebook mendedahkan sebuah rumah kondominium di Ipoh yang mempunyai masalah sama. — Facebook
Antara cadangan yang diberikan adalah menutup permukaan cermin dengan menggunakan kertas gelap atau kain sebagai langkah berjaga-jaga.
Selain itu, penghuni unit juga digalakkan memilih tempat penginapan yang bukan berstruktur dinding gelas atau cermin kaca.
"Hal ini kerana, cermin tinted gelap ni ada jenis yang siang memang atau luar takkan nampak orang yang berada dalam bilik. Tapi bila malam ia sebaliknya," komen Rudie Rud.
"Saya pergi dua keluarga. Nasib sewa homestay. Aman tenang, bilik air memang mozek dan tiada cermin-cermin bagai," cadang Ogie Cikna. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram