Disiasat sebagai sindiket jenayah terancang, polis panggil CEO GISBH bantu siasatan


  • 112
  • Selasa, 17 Sep 2024

Ibu pejabat GISBH di Rawang, Selangor. — Reuters

GLOBAL Ikhwan Service and Business Holding (GISB) kini disiasat sebagai sindiket jenayah terancang kerana didakwa terlibat dalam rumah amal secara haram, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Meskipun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, difahamkan polis kini sedang menyiasat sekiranya syarikat itu ada memberi sumbangan dan pembiayaan lain dengan berselindung di sebalik nama rumah anak yatim.

Razarudin berkata, polis akan memanggil Pengerusi Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali bagi membantu siasatan dalam Op Global.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Abang Bas' tiada peluang bela diri, mahu saman selebriti lepas bebas bayar ikat jamin RM40,000

BACA LAGI: [VIDEO] Kes GISB: Agong titah PDRM jalankan siasatan dan ambil tindakan segera

KPN

Razarudin (kanan) berkata, GISB kini disiasat sebagai sindiket jenayah terancang kerana didakwa terlibat dalam rumah amal secara haram.

Tambahnya lagi, siasatan awal menunjukkan tiada seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa jenayah seksual dan tiada seorang pun daripada mereka yang ditahan dalam operasi itu melepasi perlanggaran undang-undang.

Rabu lalu, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak, terdiri daripada 201 lelaki dan 201 perempuan, yang berusia antara satu hingga 17 tahun, dari 20 rumah jagaan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam operasi menyelamat dalam Op Global.

Serbuan berjaya menangkap seramai 171 suspek berusia antara 17 hingga 64 tahun termasuk seorang guru dan penjaga asrama.

Razarudin berkata, 159 daripada suspek terbabit direman antara empat dan tujuh hari.

Menurutnya lagi, selain unsur jenayah dalam kes itu, siasatan polis juga akan melihat aspek lain seperti kesahihan pusat jagaan kanak-kanak tersebut.

Turut hadir pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Pakar Perunding Kecemasan Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Noorzilawati Ahmad dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Wan Noraidah Wan Mohd Zain. — The Star/HARLES RAMENDRAN/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram